Trik Untuk Recycle Bin Dalam Windows XP

recyclebin

Tahukan anda bahawa anda boleh customize Recycle Bin dalam Windows XP? Antara perkara-perkara yang anda boleh lakukan terhadap Recycle Bin adalah seperti menukar nama Recycle Bin, membuang Recycle Bin daripada Desktop Windows anda atau pun mengembalikan semula Recycle Bin kepada Desktop Windows anda. Begitu juga anda boleh memadamkan sesuatu fail tanpa perlu memasukkan fail tersebut ke dalam Recycle Bin.

Bagaimana Nak Tukarkan Nama Recycle Bin Windows XP

Adakah anda merasa boring dengan nama Recycle Bin dalam Windows XP? Ingin menukar nama tersebut kepada nama-nama lain seperti Tong Sampah, Toilet Bowl, Bakul Sampah, Incenerator dsb. Trik ini adalah agak senang, namun anda harus berhati-hati apabila menggunakan Registory Editor kerana ianya boleh merosakkan entri-entri yang terdapat dalam otak Windows anda jika tersilap masuk atau pun padam.

Mulakan dengan mengakses Registry Editor melalui langkah berikut:->

1. Butang Start> run > taip regedit dan <Enter>

recyclebin1

2. Pertama-tama backup registry anda dengan memilih Menu File>Export, pilih destinasi fail untuk disimpan, dan KLIK Save seperti gambarajah di bawah:

registry backup

3. Cari entri HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/
dan cari key {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} atau lebih senang lagi gunakan Fungsi Find pada menu Edit>Find dan masukkan key berikut 645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E. Anda akan mendapati entri seperti gambarajah di bawah:

recyclebin2

4. 2X KLIK pada nilai Default dan tukarkan nama Recycle Bin kepada nama yang lain seperti yang anda inginkan. Contoh: Tong Sampah.

5. Sekarang, start semula Windows atau logoff dan logon kembali untuk melihat perubahan pada Recycle Bin anda anda.

Bagaimana membuang Recycle Bin daripada Desktop

1. Mulakan regedit and click ok.

2. Anda sedang gunakan Registry Editor.

3. Sekarang cari item berikut dalam Registry Editor dengan menggunakan fungsi Find dan

cari entri berikut: 645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E

HKEY_LOCAL_MACHINE\
SOFTWARE\
Microsoft\
Windows\
CurrentVersion\
Explorer\
Desktop\
NameSpace\
{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}

4. Apabila entri berkenaan {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}dijumpai, anda hanya perlu terus padamkannya dengan kekunci <Del>

5. Tutup Registry Editor anda start semula komputer anda.

WOW..Alamak!!! Recycle Bin anda telah hilang daripada desktop.

Mengadakan Semula Recycle Bin pada Desktop Windows

1. Seperti langkah sebelum ini, gunakan Registry Editor untuk mencari entri seperti di bawah:

HKEY_LOCAL_MACHINE\
SOFTWARE\
Microsoft\
Windows\
CurrentVersion\
Explorer\
Desktop\
NameSpace\

2. KLIK KANAN pada item NameSpace untuk mewujudkan satu key baru.

3. Namakan key baru tersebut kepada {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}

4. Setkan nilai default kepada Recycle Bin.

5. Sekali lagi, start semula komputer anda untuk mendapatkan balik Recycle Bin yang telah hilang tadi.

Memadam Fail Tanpa Memasukkannya ke Dalam Recycle Bin

Ini merupakan trik yang paling senang. Anda hanya perlu highlite fail atau fail-fail yang ingin dipadamkan dan tekan serentak kekunci <Shift>+<Del> untuk memadam terus fail tersebut. Kotak dialog akan dipaparkan seperti di bawah. Pilih YES untuk padamkan fail atau semua fail tersebut.

delete

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Trik Untuk Recycle Bin Dalam Windows XP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*