Bagaimana memulihkan fail PowerPoint rosak menggunakan folder TEMP?

pptTip ini akan membantu anda untuk mengembalikan file yang tak terbaca (unreadable) dan rosak (corrupted) daripada Microsoft PowerPoint. Biasanya fail PowerPoint boleh menjadi rosak apabila anda cuba untuk menyimpan atau jika anda sedang menggunakannya dan aplikasi PowerPoint crashed disebabkan Windows crashed atau ketiadaan kuasa elektrik secara tiba-tiba. Windows secara automatik akan menyimpan salinan fail-fail bekerja sebagai versi sementara. Tidak perlu untuk menggunakan perisian pihak ketiga untuk menguruskan jenis fail rosak, kerana anda boleh memulihkan mereka daripada TEMP folder.

Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk memulihkan fail yang corrupt di MS PowerPoint:

Pertama klik pada butang <Start>, kemudian klik pada pilihan –Search- For Files or Folders untuk memulakan proses carian anda.

go-search

Di sini taipkan jenis fail yang dicari sebagai *.TMP dalam kotak input “All or part of the file name” dan pada kotak “Look in”, pilih opsyen “Local Hard Drives”

go-search

Sekarang klik pada butang <Search> untuk memulakan proses carian fail-fail sementara pada hard disk anda.

Selepas beberapa ketika, Windows akan senaraikan fail-fail sementara yang dicari. Di sini, susunkan semua fail TMP semua mengikut urutan Tarikh diubahsuai (Date Modified).

search-temp

Sekarang buka PowerPoint dan cuba untuk membuka fail temp ini atau klik dua kali pada fail tersebut untuk dibuka dalam PowerPoint.

SELAMAT MENCUBA!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*