Dapatkan Kembali 5% Ruangan Hard Disk Anda
Secara default, Windows secara automatik menetapkan sandaran 10% daripada ruangan hard disk anda untuk Recycle Bin. Oleh kerana itu, rata-rata pengguna komputer baru, yang mungkin menerima sistem komputer samada dengan 250 GB atau bahkan 500 GB hard drive, akan mendapati ruangan atau kapasiti hard disk mereka berkurangan sebanyak 10% iaitu sekitar antara 25GB – 50GB.
Pada hakikatnya ruangan tersebut amatlah banyak berbanding “sampah” yang anda bakal buang ke”dalamnya”. Jadi dengan hanya menyesuaikan 10% kapasiti standard kepada tatacara sandaran 5%, pengguna secara tidak lansung akan mendapat kembali kapasiti yang hilang tadi, yang mana ianya boleh diterjemahkan kepada ruangan simpanan yang agak banyak dan boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai maklumat tambahan seperti gambar dan foto, muzik dan lagu, klip-klip video dan sebagainya. Berikut adalah tatacara bagaimana anda boleh mendapatkan kembali ruangan hard disk berkenaan.
![]()
Anda boleh memperoleh kembali ruangan Hard Disk anda dengan cara berikut:
- Cari ikon Recycle Bin pada Desktop dan klik kanan dengan mouse anda.
- Lalu klik kiri pada Perkataan Properties dari menu pull down yang muncul.

- Ianya akan membuka dan membawa anda ke Tetingkap (Window) Recycle Bin Properties.
- Gerakkan bar Slider di tengah skrin daripada 10% turun kepada 5% dengan tetikus anda.

- Kemudian klik pada butang <OK> untuk menyimpan perubahan tadi dan keluar dari Tetingkap Recycle Bin Properties.
- Reboot komputer anda untuk memiliki Windows sepenuhnya dengan kapasiti hard disk anda yang bertambah 5% daripada kapasiti asal.
Nota: Teknik ringkas ini berfungsi dengan semua Sistem Operasi Windows termasuk Windows XP.
Lain2 Artikel Menarik:
Filed Under: Komputer







