Tips Firefox: Tetapkan 2 laman web dibuka serentak

trik firefoxPernahkah anda terfikir untuk menetapkan 2 alamat blog atau laman web sekaligus sebagai laman web piawai semasa Firefox bermula? Dengan kata lain, 2 laman web akan dibuka secara automatik apabila Firefox dijalankan. Jika YA, mungkin trik berikut boleh membantu anda. Misal kata anda ingin membuka laman kesayangan anda seperti http://panduanpercuma.info dan laman http://www.yahoo.com.my sekali gus. Berikut adalah langkah-langkah bagaimana untuk melakukannya:

1. Dalam Firefox, buka menu Tools > Options.
2. Pada bahagian Main, pada teks When Firefox starts pilih Show my home page.
3. Pada ruangan Home Page, masukkan alamat laman yang anda inginkan dengan menambahkan tanda pipe | (biasanya berada pada kekunci SHIFT + pada keyboard) di antara 2 alamat laman tersebut.

opsyen firefox

Misalnya untuk memasukkan 2 alamat laman web yang anda biasa kunjungi, contohnya 1) panduanpercuma.info dan 2)yahoo.com.my anda taipkan alamt tersebut seperti gambarajah di atas menggunakan tanda pipe/piping sebagai tanda pemisah alamat. Secara default, Firefox akan membuka ke dua-dua laman tersebut ketika anda memulakannya. SELAMAT MENCUBA!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*