Windows 7 Upgrade Advisor: Penasihat kepada PC Lama Anda
Masih menggunakan Windows Vista atau Windows XP? Tahukah anda bahawa Windows 7 mempunyai lebih banyak ciri menarik dan ianya lebih baik berbanding dengan Windows Vista? Saya pasti kebanyakan pengguna Windows Vista atau pun XP mungkin mempertimbangkan untuk mengupgrade kepada Windows 7.
Dan saya boleh katakan pengalaman mengguna Windows 7 adalah jauh lebih baik berbanding dengan Vista. Tapi bagaimana kita boleh yakin bahawa komputer kita benar-benar mampu menjalankan Windows 7 dengan sempurna? Jika anda ragu-ragu untuk untuk mengupgrade kepada Windows 7, usah bimbang! Microsoft baru-baru ini telah melancarkan satu program utiliti percuma yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada PC anda boleh menjalankan Windows 7 dengan sempurna atau tidak. Dinamakan sebagai Windows 7 Upgrade Advisor, program ini mampu membantu anda dalam menganalisa PC anda bagi menentukan keserasiannya untuk peningkatan OS kepada Windows 7. Freeware ini walaubagaimana pun hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris.

Program ini akan mengimbas dan cek jenis prosesor, storan, jumlah memori dan grafik serta mengenal pasti setiap masalah keserasian dengan peranti yang dipasang. Jangan bimbang program ini tidak akan meninggalkan anda dalam gelap sekiranya anda mempunyai masalah keserasian; kerana ia menyediakan manual lengkap tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah peningkatan OS tersebut.
Terma
- Operating System: Windows Vista; Windows XP Service Pack 2, Windows 7
- . NET 2.0 Framework atau lebih tinggi jika berjalan pada Windows XP
Link untuk muat turun di bawah:
Muat turun Windows 7 PC Advisor
Filed Under: Komputer


















TAMBAHAN – Mengubah Windows 7 menjadi bahasa Melayu
Cek ke http://adf.ly/B4lCv