Cara Menguji Apakah Antivirus Kita Berfungsi

program antivirusAnda pasti program antivirus pada komputer anda berfungsi seperti yang dijangkakan? Berfnugsi dengan baik! Jika anda ragu apakah antivirus di komputer anda bekerja atau tidak, anda boleh melakukan ujian atau mengetestnya dengan menggunakan script yang disediakan oleh EICAR (European Institute for Computer Anti-virus Research).

Caranya adalah sebagai berikut :
1. Buka Notepad anda, lalu copy dan paste kode di bawah ini di notepad anda.

X5O!P%@AP[4PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

2. Teks yang dipaste harus dalam keadaan horizontal atau mendatar.

3. Lalu simpan iaitu Save As dokumen Notepad anda itu dengan sambungan atau ekstension .com, nama fail tersebut terserah kepada anda.

Contoh : antiviruscheck.com

4. Jika beberapa saat setelah anda melakukan Save As fail tersebut dan antivirus anda terus mengesannya atau mendeteksinya sebagai virus maka ini bererti antivirus anda berfungsi dengan baik.

Jangan takut fail tersebut tidak akan menginfeksi komputer kita walaupun ia dikesan oleh anti virus sebagai mempunyai virus.
Kod teks yang saya tuliskan di atas adalah Kod Teks Piawai (Standard Text Code) yang biasanya digunakan oleh para Developer atau pembina perisian Anti Virus khususnya oleh EICAR (European Institute for Computer Anti-virus Research).
EICAR sendiri merupakan badan yang fokus dalam bidang virus dan mereka menciptakan sebuah sistem standard/piawai terhadap antivirus. Standard ini digunakan untuk melihat reaksi antivirus ketika mendeteksi file yang dibuat oleh EICAR iaitu fail teks yang kita buat dengan notepad tadi. SELAMAT MENCUBA!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Cara Menguji Apakah Antivirus Kita Berfungsi

    • 11/02/2010 at 2:16 am
      Permalink

      Syabas! Updatelah selalu av kau dgn auto update secara online. Saya guna Avast antivirus free…semuanya beres!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*