Apa Itu Bluetooth?

Kita mungkin sering terdengar orang sibuk bercakap pasal “bluetooth” hatta kekadang di kedai-kedai telefon bimbit terdengar suara-suara pekerja mereka menyebutnya. “Beli handphone yang ada bluetooth lah..senang nak kongsi lagu, gambar dan video,” kata seorang gadis si penjual handphone. Ada juga berkata “Pakcik belilah handphone ni.ada bluetooth, boleh saya transferkan lagu kat handphone pakcik..tak yah pakai kabel lak”. Begitu deras sekali teknologi dunia sekarang..hampir semua orang termasuk budak-budak sekolah rendah pun pandai sebut “bluetooh”. Hakikatnya apa itu “bluetooth” yang sebenarnya?

Sejarah Bluetooth

Nama bluetooth sebenarnya bermula dari projek berprestij yang dipelopori oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi maklumat dan telekomunikasi dunia seperti Ericsson, IBM, Intel, Nokia, dan Toshiba. Projek ini bermula di awal tahun 1998 dengan kod nama bluetooth, kerana diinspirasi oleh seorang raja Viking (Denmark) yang bernama Harald Blatand. Raja Harald Blatand ini berkuasa pada abad ke-10 dengan menguasai sebahagian besar daerah Denmark dan daerah Skandinavia pada masa itu. Disebabkan daerah kekuasaannya yang luas, raja Harald Blatand ini membiayai para ilmuwan dan jurutera untuk membangun sebuah projek berteknologi
metamorfosis yang bertujuan untuk mengontrol pasukan dari suku-suku di daerah Skandinavia tersebut dari jarak jauh. Maka untuk menghormati idea raja Viking tersebut, iaitu Blatand yang bererti bluetooth (dalam bahasa Inggeris) telah digunakan.

Pengertian Bluetooth

Bluetooth adalah sebuah teknologi wireless yang mampu menyediakan layanan komunikasi data dan suara dengan jarak jangkauan yang terbatas. Bluetooth adalah sebuah teknologi komunikasi wireless (tanpa kabel) yang beroperasi dalam frekuensi 2.4 GHz unlicensed ISM (Industrial, Scientific and Medical) dengan menggunakan sebuah frequency hopping tranceiver yang mampu menyediakan layanan komunikasi data dan suara secara real-time antara hos-hos bluetooth dengan jarak jangkauan layanan yang terbatas.

Penerangan Umum Tentang Sistem Bluetooth

Sistem bluetooth terdiri dari sebuah radio transceiver, baseband link Management dan Control, Jalur asas (processor core, SRAM, UART, PCM USB Interface), flash dan voice code, sebuah link manager. Baseband link controller menghubungkan peranti keras radio ke baseband processing dan layer protokol fizik. Link manager melakukan aktiviti-aktiviti protokol tingkat tinggi seperti melakukan link setup, autentikasi dan
tatarajah. Secara umum blok fungsional pada sistem bluetooth secara umum dapat dilihat pada gambar dibawah ini.

blok fungsional sistem bluetooth

Bagaimana Bluetooth Berfungsi dan Bekerja

Setelah melakukan link Setup, autentifikasi dan tatarajah maka peranti bluetooth akan menghantar data dalam bentuk paket data melalui frekuensi hopping menuju peranti bluetooth lain. Frekuensi hopping adalah perpindahan / lompatan dari satu frekuensi kepada frekuensi yang lainnya masih dalam satu pita frekuensi, pita frekuensi bluetooth iaitu antara 2.402 GHz-2.480GHz = 79 Rangkaian / Chanel, Tiap Rangkaian memiliki
time slot selang selama 625pSec.

bluetooth frequency hopping

Frekunsi Hopping dalam Bluetooth

frekuensi slot masa

Slot Masa Frekuensi dalam Bluetooth

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*