10 Komputer Terpantas di Dunia

Semua orang kenal dengan komputer dan sudah pasti telah biasa menggunakannya. Tetapi tahukah anda, komputer terpantas di dunia dikategorikan sebagai Superkomputer, merupakan komputer yang yang menjangkaui ratusan jutaan ringgit harganya sebenarnya banyak terdapat di Amerika Syarikat. Superkomputer terpantas di dunia sekarang berada di Amerika, dibuat oleh syarikat IBM, dan dinamakan ”Roadrunner”. Kepantasannya telah melepasi 1 Petaflop pada 25 hb Mei 2008.

1 Teraflops = 1 trilion operasi sesaat
1 Petaflops = 1,000 trilion operasi sesaat

Secara teorinya, komputer Roadrunner ini adalah 60,000 kali lebih pantas berbanding dengan komputer peribadi terpantas  yang ada sekarang. Harganya sekitar US$ 133 juta. Satu fakta menarik, superkomputer ini memiliki struktur sel yang hampir sama dengan konsol permainan komputer, Sony Playstation 3. Roadrunner menggunakan prosesor Cell Broadband Engine™, atau Cell B.E. yang diciptakan IBM, Sony, dan Toshiba yang juga digunakan untuk Playstation, walaupun sudah tentu ianya  ”sedikit” berbeza dengan modifikasi tertentu.

Berikut adalah senarai 10 superkomputer atau komputer-komputer terpantas yang ada di dunia seperti yang diketahui umum. Ramai orang yakin, ada komputer-komputer rahsia yang dimiliki kerajaan Amerika Syarikat yang keupayaannya tidak diketahui umum, dan kepantasannya bahkan dikatakan jauh lebih pantas daripada Roadrunner.

1. ROADRUNNER
BladeCenter QS22/LS21 Cluster, PowerXCell 8i 3.2 Ghz / Opteron DC 1.8 GHz , Voltaire Infiniband. Los Alamos National Laboratory, Amerika Syarikat.

Superkomputer IBM Roadrunner

2. JAGUAR
Menggunakan pemproses Cray XT5 QC 2.3 GHz. Oak Ridge National Laboratory, Amerika Syarikat.

superkomputer Jaguar, Cray Research

3. PLEIADES
SGI Altix ICE 8200EX, Xeon QC 3.0/2.8 GHz. NASA/Ames Research Center, Amerika.

Superkomputer Silicon Graphics Inc Altix ICE Pleiades

4. BLUEGENE/L
eServer Blue Gene Solution. Lawrence Livermore National Laboratory, Amerika Syarikat. Ianya dibina oleh IBM dengan kos US$2 juta dan mengandungi sebanyak 1024 pemproses.

Superkomputer BlueGene-L

5. INTREPID
Blue Gene/P Solution. Argonne National Laboratory, Amerika. Mula beroperasi pada tahun 2007, menggunakan 4 pemproses PowerPC 450 850 MHz (3.4 GFlops) dalam 1 cip Blue Gene /P yang kemudiannya digabungkan dengan sebanyak 32,000 pemproses, dan menggunakan sistem operasi CNK/SLES 9.

IBM BlueGene-P Intrepid Super komputer

6. RANGER
SunBlade x6420, Opteron QC 2.3 Ghz, Infiniband. Texas Advanced Computing Center, Amerika.

Ranger superkomputer menggunakan pemproses SunBlade
7. FRANKLIN
Menggunakan pemproses Cray XT4 QuadCore 2.3 GHz. NERSC/LBNL, Amerika.

Franklin Superkomputer

8. JAGUAR
Menggunakan pemproses Cray XT4 QuadCore 2.1 GHz. Oak Ridge National Laboratory, Amerika.

Jaguar CrayXT4 Superkomputer

9. RED STORM
Sandia/ Cray Red Storm, XT3/4, 2.4/2.2 GHz dual/quad core. NNSA/Sandia National Laboratories, Amerika.

Red Storm Superkomputer

10. DAWNING 5000A
Dawning 5000A, QC Opteron 1.9 Ghz, Infiniband, Windows HPC 2008. Shanghai Supercomputer Center, China. Merupakan satu-satunya super komputer buatan China.

Dawning 5000A Super komputer dari China

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*