Recycle Bin Untuk Pen drive atau USB Drive Anda

Mengapa perlu Recycle bin untuk usb? Jika anda menggunakan sistem operasi Windows, anda pasti tahu apa itu recycle bin. Ia menyimpan semua fail dan folder yang anda padam dari hard disk dan membantu anda membatalkan penghapusan fail tersebut jika anda memerlukannya kembali. Dengan kata lain, fail tersebut tidak dipadam terus, cuma hanya disimpan dalam Recycle bin buat sementara sebelum anda benar-benar tidak memerlukannya lagi.

Operasi ini hanya terjadi kepada fail dan folder yang berada dalam hard disk sahaja. Ertinya jika fail atau folder tersebut berada di dalam pendrive atau usb drive, ianya tidak dimasukkan ke dalam recycle bin, bahkan terus dihapuskan secara kekal. Maka di sini anda memerlukan program iBin

Jika anda sering menggunakan pendrive atau usb drive untuk menyimpan data, anda boleh cuba aplikasi mudah alih kecil ini yang mencipta recycle bin pada usb drive anda.

ibin-recycle bin untuk usb drive atau pen drive

Ianya berfungsi ibarat recycle bin pada desktop Windows anda bila mana memadamkan fail/folder, satu tetingkap akan muncul bertanyakan samada anda ini membuang fail berkenaan ke dalam iBin atau terus memadamkannya secara kekal. Jika anda hanya membuangnya ke dalam iBin, anda boleh mendapat kembali fail tersebut hanya dengan menekan icon iBin dan anda menguruskan fail-fail yang telah anda padam tadi melalui opsyen yang diberi.

Anda boleh memuat turun program iBin di sini. Selamat mencuba!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*