Bagaimana Menghantar Folder Sebagai Attachment Dalam E-mel Anda

Pernahkah anda terfikir untuk menghantar satu Folder pada Windows sebagai satu attachment dalam emel? Jika ya, sudah pasti ianya amat memudahkan. Biasanya penyedia web emel seperti Hotmail, GMail, Yahoo Mail dan seumpamanya hanya membenarkan anda menghantar Fail sebagai satu attachment pada emel anda. Dengan kata lain, anda tidak boleh menghantar satu folder sebagai attachment. Ini menyebabkan anda terpaksa membuat attachment banyak fail dalam emel anda. Berikut adalah cara mudah untuk menghantar folder sebagai attachment dalam emel anda:

Menggunakan utiliti yang sedia terdapat pada Windows XP/Me/7 iaitu menggunakan Windows Explorer, anda hanya perlu meng”zip”kan folder yang anda ingin hantar sebagai attachment menjadi satu fail.

1. Pilih Folder yang diinginkan

2. KLIK kanan pada tetikus anda dan pilih opsyen “Send To”, dan pilih “Compressed Zip folder”

zipkan folder

3. Folder yang telah di”compress” menggunakan nama yang sama. Contoh di sini “hello.zip” yang berada pada desktop Windows.

folder terzip menjadi fail compressed

3. Pilih fail “hello.zip” tersebut untuk dijadikan sebagai attachment dalam emel anda.

4. Contoh skrin dengan fail attachment dalam format zip.

pilih attachment

Mudahkan untuk menghantar Folder sebagai attachment dalam emel? Selamat Mencuba!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*