Bagaimana Nak Dapatkan Software Percuma?

Pada masa kini, kebanyakan software atau perisian komersial biasanya secara sah dijual pada harga tertentu. Walau pun ada juga software komersial yang dikategorikan sebagai FREEWARE (percuma) atau pun SHAREWARE (cuba dulu – puas hati baru bayar), kadang-kadang ada juga software komersial ini diberi secara percuma melalui perkongisan dengan laman-laman web tertentu seperti TRAILPAY dsb. Di sini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendapatkan software komersial ini secara PERCUMA.

giveaway

Seperti yang saya beritahu di atas, ada laman-laman web yang memberi software komersial ini secara percuma. Antara laman  yang saya maksudkan ialah laman web Give AwayOf TheDay – di www.giveawayoftheday.com laman ini memberi 1 unit software komersial percuma secara SAH setiap hari.

Jika anda melawat laman ini setiap hari, anda akan mendapati ada software yang yang baru diperkenalkan setiap hari untuk sesiapa yang ingin memuat turun software tersebut secara SAH tanpa prasyarat. Cuma anda perlu pastikan ialah  jangkawaktu PERCUMA yang diberi adalah terhad – biasanya kurang daripada 24 jam seperti perjanjian mereka dengan syarikat pembuat software terbabit.

Namun disebabkan oleh perjanjian antara 2 entiti tersebut, software tersebut hanya boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sahaja – yang mana tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial seperti di pejabat dsb.

Informasi dan reviu tentang  software tersebut akan terus aktif sepanjang tempoh pemberian tersebut. Pastikan anda dapatkan dengan segeri kerana link untuk muat turun juga akan aktif mengikut tempoh berkenaan. Untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai software percuma tersebut, anda boleh berlanggan e-mel atau RSS feed dengan mereka. Jika anda berminat untuk mendapatkan Game atau pun permainan komersial secara percuma, anda boleh melayari Game.Giveawayoftheday.com. Saya harap anda ketemu dengan software yang anda ingini.. SELAMAT MELAYARI laman tersebut…

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*