Muat Turun Nero Multi-Media Perisian DVD/CD Percuma

Perisian Nero Multimedia CD/DVD Suite merupakan satu perisian multimedia popular yang membolehkan untuk “create, rip, copy, burn, edit, share, and upload data” secara online. Jika anda ingin mencipta satu CD/DVD baru seperti CD/DVD untuk simpanan data, CD/DVD untuk lagu mahupun digunakan untuk membuat video pada CD/DVD, anda memerlukan satu program burner untuk melakukannya.

Nero Multimedia Suite 10

Perisian Nero MultiMedia ini mampu rip CD/DVD audio (lagu), atau video (MPEG), begitu juga untuk menyalin CD/DVD, menyunting dan juga mengupload (muat naik) data anda ke internet untuk dikongsi bersama dengan sesiapa saja yang inginkannya. Bahkan Nero Multimedia Suite versi lengkap ini juga, anda boleh gunakan untuk menonton video, memainkan audio seperti lagu mp3 dan sebagainya.

Jika anda inginkan Nero MutiMedia 9 Versi Percuma, anda boleh memuat turun (download) daripada pautan ini – Nero 9 Percuma. Sebaliknya, jika anda ingin mencuba Nero Multimedia Suite 10 versi Penuh selama 15 hari, anda boleh klik pada pautan ini – Nero Multimedia Suite 10 Trial. Anda dikehendakki mengisi alamat emel anda terlebih dahulu sebelum dibenarkan memuat turun versi Percubaan.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*