10 Aplikasi Opensource Terbaik Untuk Komputer Anda

Opensource merupakan satu platform di mana setiap aplikasi yang dicipta bersandarkan kepada sumber kod terbuka yang dikongsi bersama oleh umum. Oleh sesiapa sahaja boleh contribute atau menyertai untuk menambaikkan source code untuk sebarang aplikasi tersebut. Ianya berbeza dengan sumber kod tertutup seperti kod untuk membentuk aplikasi komersial berbayar seperti Windows, atau kod untuk mencipta aplikasi komersial percuma seperti Adobe PDF Reader, yang mana ianya hanya diketahui oleh para programmer yang mewujudkan sahaja (Microsoft).

Bertitik tolak daripada sinilah, maka wujudnya perisian-perisian OpenSource yang sememangnya PERCUMA berbanding dengan perisian berbayar seperti Microsoft Office. Perisian atau aplikasi percuma ini biasanya didatangkan dengan pelbagai platform Sistem Operasi (OS) seperti Windows, Linux, Windows Mobile, Android dan lain-lain lagi.

Di sini saya senaraikan 10 aplikasi opensource yang patut anda gunakan di komputer anda, seterusnya tidak perlu lagi menggunakan perisian cetak rompak disebabkan harganya yang terlalu tinggi untuk dimiliki.

1. Libre Office

Libre Office merupakan aplikasi pejabat bersepadu alternatif kepada Micosoft Office. Dengan antaramuka yang senang dipelajari dan mudah digunakan, anda juga boleh menggunakan format fail yang sedia ada seperti format Micrsoft Word, Excel, PowerPoint dan banyak lagi. Ini memudahkan lagi untuk anda menyunting dokumen yang sedia ada. Tambahan pula, ia didatangkan dengan pelbagai bahasa dunia seperti Bahasa Melayu.

2. The GIMP

The GIMP (GNU Image Manipulation Program) merupakan aplikasi grafiks yang popular seimbang dengan program berbayar Photoshop daripada Adobe. Ianya mampu menyunting pelbagai format grafiks, dan berkebolehan setanding dengan Photoshop dalam memanipulasi imej/gambar atau foto.

3. Scribus

Scribus merupakan aplikasi professional untuk membentuk post produksi majalah, akhbar, buku atau pelbagai jenis makalah lain. Anda tidak perlu berbelanja besar membeli program seperti Adobe Pagemaker atau Quark Express untuk melakukan perkara yang sama. Ianya dicipta untuk pelbagai platform OS seperti Windows dan Linux/Unix.

4. Inkscape

Jika Windows popular dengan Corel Draw atau Adobe Illustrator, Opensourece pula polular dengan Inkscape. Inkscape merupakan program illustrasi vektor menyamai keupayaan program berbayar seangkatannya. Dengan menggunakan format universal yang popular seperti SVG, ianya memudahkan lagi untuk anda bertukar fail dengan aplikasi yang lain.

5. VLC Multimedia Player

VLC Multimedia player merupakan satu aplikasi pemain multimedia seperti Windows Multimedia Player. Bezanya ialah VLC player tidak memerlukan codec untuk dipasang pada Windows atau OS yang lain. Berkeupayaan untuk memainkan pelbagai format video dan audio seperti MP3, MP4, MPEG, AVI, MKV, RVMB dan sebagainya.

6. FileZilla

FileZilla merupakan sebuah aplikasi pemindahan data melalui protokol FTP. Ianya amat mudah digunakan dan begitu pantas melakukan pemindahan data.

7. Paint.Net

Paint.net merupakan program kecil bertujuan untuk penyuntingan gambar dan foto dengan lebih cepat dan ringkas. Anda tidak didedahkan dengan pelbagai fungsi yang komplikated seperti yabng terdapat pada program the GIMP atau Photoshop. Amat berguna untuk melakukan sesuatu suntingan ringkas pada gambar, atau hanya untuk menukar format fail anda.

8. TrueCrypt

TrueCrypt merupakan program enkripsi, bertujuan untuk menghalang fail-fail anda atau data anda pada cakera keras daripada dicuri atau diintip oleh orang. TruCrypt datang dengan pelbagai versi untuk platform Windows, Linux dan juga Mac.

9. 7-Zip

Merupakan program untuk meng”kompres” dan “unkompres” data seperti mana program WinZip dan WinRar. Bezanya program WinZip dan WinRar adalah berbayar. Mampu untuk melakukan “archiving/compressing” dalam pelbagai format “kompresi” seperti 7z, XZ,BZIP2,GZIP,TAR,ZIP dan WIM, manakala ia menyokong format fail ARJ, CAB, CHM, CPIO, CramFS, DEB, DMG, FAT, HFS, ISO, LZH, LZMA, MBR, MSI, NSIS, NTFS, RAR, RPM, SquashFS, UDF, VHD, WIM, XAR dan Z untuk “uncompress”.

10. PDFCreator

PDFCreator ialah satu program utility untuk mencipta fail PDF daripada Windows anda melalui proses Printing/Mencetak. Apabila and memilih opsyen Print/Cetak pada Windows, ianya akan mencipta fail ebuku dengan format Adobe PDF yang boleh dibaca menggunakan pembaca PDF seperti Adobe Reader.

Begitulah senarai 10 Aplikasi Opensource yang terbaik untuk anda gunakan. Anda juga disaran untuk melihat 3 lagi program opensource popular yang lain seperti Picasa (dibuat oleh Google), Audacity (sunting audio), Thunderbird (klien email drp pembuat pelayar tersohor Firefox), Anda boleh mencari banyak lagi aplikasi opensource dengan menggoolge teks “popular opensource apps” atau seumpamanya. Anda juga boleh terus melayari laman popular Projek Opensource di sini. Selamat Mencuba!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*