Download Internet Explorer 9 Untuk Dipasang Secara Offline

Setelah lebih kurang setahun menunggu, Microsoft akhirnya melancarkan versi baru pelayar Internet Explorer 9 yang menjanjikan penambahbaikan dari segi prestasi (kelajuan) dan juga kestabilan.Internet Explorer dengan catatan versi 9.00.8112.16421.110308-0330 sekarang boleh dimuat turun secara percuma daripada Microsoft didatangkan dengan 39 bahasa dunia, dalam versi 32 bit dan 64 bit disediakan untuk sistem pengoperasi komputer seperti Windows 7, Windows Vista dan Windows Server 2008.

Mengikut Microsoft versi Beta dan Calon Pengeluaran (Release Candidate) IE 9 telah dimuat turun lebih daripada 39 juta kali sejak ia mula dibenarkan untuk percubaan pada 15 hb September, 2010 dan setakat ini ia menampakkan pandangan yang positif daripada pengguna.

Internet Explorer 9

Internet Explorer 9 yang baru mempunyai ciri-ciri tambahan yang baru dan juga banyak penambahbaikan untuk bersaing di pasaran Pelayar internet yang begitu kompetitif. Berikut adalah sebab-sebab utama mengapa anda perlu upgrade kepada IE9:

  • IE9 secara keseluruhannya adalah lebih pantas – hardware-accelerated text, video, dan grafiks bertambah pantas menyediakan pengalaman melayari laman web begitu pantas seolah-olah anda menggunakan laman web yang terbina dalam hard disk setempat.
  • Streamlined and simplified design – menyediakan kontrol asas yang nampak mininum dari segi antaramukanya dan menjadikan ianya lebih fokus untuk laman web.
  • One-click access/1 klik akses kepada laman-laman kegemaran anda. Dengan bercirikan Pinned Sites, anda dapat mengakses laman-laman kegemaran anda dengan cepat melalui taskbar Windows tanpa memulakan pelayar terlebih dahulu.
  • 2 dalam 1 bar alamat dan bar pencarian seperti yang terdapat pada pelayar Google Chrome.
  • Konsep Tab Page yang telah direka semula – sekarang anda boleh mengakses laman-laman yang kerap anda kunjungi dengan cepat, membuka semula tab yang telah anda tutup atau buka semula sesi terakhir yang anda guna sebelum ini, atau mulakan sesi pelayaran secara privasi melalui InPrivate Browsing.
  • Integrasi dengan Windows 7 lebih mantap – dengan ciri-ciri seperti Snap, Pinned Sites, Jump Lists serta previu secara thumbnail menjadikan gabungan Internet Explorer 9 dan Windows 7 menjanjikan pengalaman melayari web yang lebih menyeronokkan dalam Windows.
  • Penambahbaikan dalam Addon ManagementAdd-on Performance Advisor akan memberitahu anda sekiranya ada add-on yang dipasang telah memperlambatkan sistem pelayar anda dan memberi opsyen kepada anda untuk mennyahaktifkan atau membuang terus addon tersebut agar pelayar IE sentiasa pantas.
  • Membantu anda mengawal Privasi – Tracking Protection membolehkan anda membataskan komunikasi pelayar anda dengan laman-laman web tertentu agar maklumat tertentu kekal selamat dan private.
  • Membantu item yang dimuat turun disimpan secara tersusun – Download Manager menyimpan senarai fail-fail yang dimuat turun daripada internet, memberitahu anda jika fail-fail tersebut berbahaya (malicious) dan membenarkan anda untuk henti (pause) dan sambung semula (restart) proses muat turun.

Pautan muat turun IE9 secara terus daripada laman web Microsoft seperti di bawah:

Anda juga boleh melayari LAMAN INI untuk memuat turun IE9 mengikut bahasa dunia yang anda inginkan (selain B. Inggeris)

Walau bagaimana pun, IE9 tidak disediakan untuk Windows XP (samada 32bit atau pun 64bit). Anda digalakkan menggunakan IE8 dan boleh memuat turunnya di sini.

Microsoft juga telah mengemaskini manual/panduan menggunakan IE9 dan anda boleh memuat turunnya Panduan IE9 dalam PDF di sini.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*