Bagaimana Nak “Protect” Dokumen Microsoft Word 2007
Pernahkah anda terfikir mahu jadikan dokumen atau artikel yang anda tulis dengan susah payah dalam Microsoft Word hanya boleh dikongsi dan dibaca sahaja tanpa disunting atau diubahsuai semula tanpa kehendak anda? Menggunakan Microsoft Word 2007, anda boleh menjadikan dokumen anda “protected”, atau dengan kata lain ianya tidak boleh dimodifikasikan sesenang hati oleh sesiapa.
Walau pun kaedah ini tidaklah “foolproof” kepada sesiapa yang mahir, tetapi sekurang-kurangnya kepada umum, ianya amat berkesan. Cara yang paling senang ialah dengan menggunakan butang arahan “Protect Document”. Berikut adalah tatacara bagaiman untuk “protect” dokumen anda dalam Microsoft Word 2007.

KLIK menu Review pada tab/ribbon. Tab Review biasanya terletak pada kedudukan ke-6 dalam Microsoft Word 2007, iaitu antara Tab Mailings dan Tab View

Dalam opsyen atau group “Protect“, pilih opsyen “Protect Document”
Group “Protect” terletak pada bahagaian terakhir pada menu/ribbon.
Pilih opsyen daripada senarai menu “Protect Document” 
Antara pilihan “protection” dalam senarai ialah: limiting formatting to a selection of style dan restricting certain types of document editing. Pilih /tick 2 opsyen ini untuk menghad kebolehan mengubah format dan keupayaan untuk membuat suntingan dalam dokumen.
Pastikan opsyen No 2. “Editing restriction”, tick/tanda pada
“Allow this type of editing…” dan pilih senarai drp dropdown menu untuk memilih opsyen apa yang diperlukan untuk menghadkan penyuntingan dalam Word 2007. Kemudian klik pada butang “Yes, start Enforcing Protection”.
Mungkin video daripada Youtube ini mampu membantu anda memahami cara melakukan “protection” dalam Microsoft Word 2007.
[vsw id="a6bUE0Y6LxU" source="youtube" width="425" height="344" autoplay="no"]
Nota*: Walaupun ada opsyen untuk “lock” dokumen tersebut, anda disarankan untuk melakukannya kecuali anda rasa ianya perlu. Ini kerana apabila kita telah “lock” dokumen tersebut, hanya kita seorang sahaja yang mampu mengubahnya. Dan sekiranya anda terlupa kata laluan (password), tiada apa-apa lagi yang anda boleh lakukan!
Selamat mencuba!! Diharap panduan ini dapat membantu anda semua.
Filed Under: Komputer




















cara nak batalkan stlh lock.mcm mn?7