Muat Turun Norton Anti Virus 2012 Beta

Ingin mencuba Norton Anti Virus terbaru? Norton AntiVirus versi 2012 sudah ke peringkat beta dan anda boleh mencubanya di dalam komputer anda sekarang.

Sepertimana yang diketahui umum, Norton AntiVirus merupakan perisian yang terbaik dalam mengesan dan menghapuskan segala jenis virus komputer. Antara ciri-ciri antivirus terbaru ini ialah:
Norton Protection System – termasuk 4 level proteksi terhadap virus, trojan dan malware

Customizable Control Center – pilih antara skrin yang “simple” atau yang lebih terperinci seperti yang biasa digunakan.

Identity Safe alerts – sekaran diletak di Norton Toolbar supaya tidak terlalu menonjol.

Bandwidth Management – hadkan proses dan bilangan kemaskini yang dibuat oleh Norton sekiranya anda mempunyai bandwith internet yang terhad.

Download Insight 2.0 – pastikan sistem komputer anda stabil terlebih dulu sebelum program dipasang pada komputer anda.
Norton Recovery Tools – membantu menyahkan/hapuskan “threats” atau gangguan keselamatan yang tersimpan tanpa disedari pada sistem operasi komputer anda (your PC operating system).

 

Download Norton Internet Security 2012 Beta

Download Norton Antivirus 2012 Beta

 

Setelah anda download Norton Antivirus/INternet Security Beta Downloader daripada link di atas, anda kena run program tersebut, dan ia akan secara otomatik memuat turun Program Norton Antivirus/Internet Security Beta seperti skrin di bawah:

download norton internet security 12 beta
Proses download bermula setelah anda muat turun downloader di atas

Ingat!! Ini adalah perisian ‘beta’ yang bertujuan untuk percubaan sebelum versi sebenar terbit di pasaran. Walau bagaimana pun ianya amat selamat digunakan.  Anda juga boleh kemukakan soalan, komen, dan apa-apa saja isu berkenaan anti-virus ini di Forum Awam Norton Beta.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*