Apa itu Fail PDF dan PDF Reader?

adobereader.jpgTahukah anda apa itu fail PDF? Apa pula PDF Reader? Kenapa fail berformat PDF ini amat popular di internet?

PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe Systems (sekarang -Adobe Corporation) pada tahun 1993adobe package bertujuan untuk mewujudkan satu fail format yang universal yang boleh dipindahkan dan digunakan oleh pelbagai jenis komputer di dunia tidak kira samada ianya berasaskan Sistem Pengoperasi Windows, Linux, MacOS mahupun sistem peoperasi lain. Dengan kata lain, format PDF ini adalah format yang universal, bebas daripada menggunakan perisian aplikasi tertentu (contoh Microsoft Word dll), bebas daripada sebarang jenis hardware (contoh Pemproses Intel, pencetak Canon, HP dsb)tertentu serta bebas daripada menggunakan Sitem Operasi tertentu (seperti Windows, MacOS, Linux dll)

Disebabkan ianya boleh dipindahkan dan digunakan dengan silih bertukar sistem operasi, bertukar hardware dsb, ianya menjadi format yang amat popular di internet. Dengan kombinasi teks dan grafiks yang diembedkan atau diletakkan di dalam dokumen secara kekal (tanpa boleh diubah), ianya boleh dibawa kemana-mana dan dicetak di mana-mana tanpa mengira jenis pencetak yang ada. Anda tidak perlu risau apabila menggunakan format PDF kerana ianya boleh digunakan di mana-mana komputer di dunia!

PDF Reader pula merupakan satu software bertujuan untuk membuka failfoxit-reader PDF tersebut supaya ianya boleh dibaca oleh semua. Umumnya semua PDF reader adalah PERCUMA seperti yang dikeluarkan oleh Adobe sendiri iaitu Adobe Acrobat Reader. Lain-lain PDF Reader yang popular ialah Foxit Reader 3.0, PDF-XChange Reader, Sumatra PDF Reader dan CoolPDF Reader. Rujuk Senarai 5 PDF Reader Terbaik untuk PC Anda untuk artikel tentang PDF Reader. Biasanya software versi PRO adalah berbayar.

Selamat datang ke dunia PDF! Dunia format fail tanpa sempadan dan tanpa dibelenggu dengan hardware dan software tertentu.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*