BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Keylogger – Bahaya Atau Tidak?

Keylogger bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia teknologi ketika ini. Mungkin mendengar saja perkataan keylogger, bagi sebahagian orang menganggap ianya amat remeh. Tahukah anda keylogger merupakan satu teknologi ini yang ada pro dan kontra. Mengapa demikian? Ya, bila disemak dari cara kerjanya, keylogger bekerja seperti spy atau mata-mata gelap. Cuba bayangkan bila anda melayari internet melalui komputer internet cafe yang telah dipasang keylogger. Kemudian anda membuka banyak akaun (misal, facebook & e-mel), automatik data password anda akan dapat dicuri dengan mudah. Akan tetapi sebelum membuat kesimpulan lebih jauh lagi, bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang keylogger tidak ada salahnya bila kita semak penjelasan berikut ini.

PERISIAN KEYLOGGER
 

Apa itu keylogger?
Keylogger merupakan suatu peranti yang boleh berupa perkakasan atau perisian. Peranti ini dibuat dengan tujuan untuk memantau penekanan butang pada keyboard. Biasanya sebuah keylogger menyimpan hasil pemantauan penekanan butang keyboard tersebut ke dalam sebuah fail log atau nota. Beberapa keylogger tertentu bahkan direka khas untuk dapat menghantar hasil rekamannya ke e-mel tertentu secara berkala. Canggih, bukan?
Keylogger dalam bentuk hardware biasanya mempunyai saiz yang sama dengan saiz bateri (AA). Peranti ini dipasang di hujung keyboard. Keylogger jenis hardware jarang digunakan dan tidak terlalu popular. Sedangkan keylogger dalam bentuk software, dipasang dalam komputer secara tersembunyi. Bahkan boleh disembunyikan (hide) dari Add or Remove Program pada Windows.
Bagaimana cara kerja keylogger?
Secara umum dan sederhana, cara kerja keylogger adalah merakam segala sesuatu yang ditaip melalui keyboard. Hasil rakaman disimpan di dalam bentuk nota atau log. Untuk mendapatkan butang keyboard yang sedang ditekan memerlukan fungsi. Untuk menggunakan fungsi ini program memerlukan timer untuk memantau butang-butang yang di gunakan sencara continue. Parameter yang digunakan pada fungsi ini berupa nilai ASCII.

Lalu, Keylogger bahaya atau tidak?
Nah, mungkin ini soalan yang paling luas bila dilihat dari pelbagai sudut pandang. Keylogger boleh bersifat jahat atau baik bergantung tujuan dari pengguna keylogger. Tujuan yang baik, misalnya digunakan untuk memantau aktiviti pekerja ketika bekerja di pejabat, memantau komputer kanak-kanak di rumah, untuk penguatkuasaan undang-undang dan pencarian bukti-bukti kejahatan. Sedangkan tujuan jahat, contohnya adalah pencurian data atau password. Mungkin bagi anda yang pernah menjadi mangsa penggunaan keylogger akan merasa sangat jengkel. Apalagi bila hal tersebut ditambah dengan tercurinya password penting akaun anda di dunia maya. Pasti kesal minta ampun.

Bagaimana cara mengesan komputer yang dipasang keylogger?
Sukar mengesan komputer dipasang keylogger atau tidak. Apalagi komputer tersebut dalam keadaan berhubung dengan rangkaian internet. Mungkin anda pernah mendengar orang-orang yang kehilangan data atau hak akses akunnya. Oleh kerana itu, anda patut berhati-hati apabila browsing internet. Boleh saja kita menjadi salah satu objek hacker yang menggunakan keylogger. Selain itu, keylogger ini juga berjalan secara tersembunyi sama seperti mata-mata. Namun, masih ada beberapa cara yang boleh kita cuba untuk mengesan keylogger dalam komputer atau laptop kita.
Pertama, Lakukan pemeriksaan proses aplikasi yang aktif pada Task Manager, kemudian lihat proses aplikasi yang aktif, apabila terdapat keylogger, sebaiknya dihapuskan saja dengan menekan End Proccess.
Kedua, cuba cek peranti komputer anda. Bila ada benda aneh di hujung kabel keyboard, kemungkinan itu adalah keylogger jenis hardware. Ini juga boleh dilakukan pada komputer di warnet.

Bagaimana cara mencegah keylogger?
Bila dilihat dari penggunaan keylogger yang digunakan untuk tujuan jahat. Kita boleh melakukan banyak cara.
Pertama, gunakan on screen keyboard. Cara ini mungkin sedikit membuat kita kalut. Bayangkan saja kita menaip dengan klik satu persatu butang di on screen keyboard. Cara ini bukan yang terampuh kerana ada beberapa keylogger yang mampu membaca sesuatu yang kita taip di on screen keyboard.
Kedua, cuba gunakan software anti keylogger. Anti keylogger relatif boleh menangkal keylogger tersebut. Cara kerja anti keylogger, iaitu menenkripsi apa yang kita taip sehingga yang terbca di keylogger tidak seperti yang kita taip.
Ketiga, selalu waspada. Bila kita tidak mahu repot, ada baiknya selalu waspada semasa internet terutama apabila menggunakan komputer di warnet tertentu. Tidak ada salahnya kita selalu melakukan pemeriksaan pada komputer dipasang keylogger atau tidak. Demi keselamatan dan privacy data yang kita miliki, seboleh mungkin kita melakukan perlindungan diri sejak awal.
Jadi, kesimpulannya bahawa keylogger boleh bahaya bagi kita bila ada orang yang menyalahgunakan peranti tersebut. Sebaliknya, keylogger akan sangat bermanfaat bila digunakan untuk tujuan yang positif. Seperti yang telah dijelaskan, salah satunya adalah bila anda mempunyai anak, keylogger boleh digunakan untuk memantau komputer atau laptop anak anda. Anda boleh mengetahui apa saja yang dilakukan anak ketika beroperasi menggunakan komputer di rumah.

Demikian artikel saya mengenai Keylogger. Mungkin bila anda mempunyai pengalaman lain yang berkaitan dengan hal ini, jangan lupa share juga di sini, yaaa …:)  Semoga artikel bermanfaat.

 

Filed Under: Komputer

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Download Teks Penuh Bajet 2012

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan melihat siaran lansung bajet 2012 di televisyen, berikut adalah teks penuh Bajet 2012 yang boleh anda download. Kalau tidak, anda...

Close
22 queries in 1.106 seconds.