Senarai 5 PDF Reader Terbaik untuk PC Anda

compare-pdf-largePDF Reader merupakan perisian atau pun software yang membolehkan kita membuka dan membaca fail berformat PDF – fail format yang universal anda biasa lihat di internet. Kebanyakan fail beformat PDF merupakan fail dokumen yang biasanya disertakan sebagai manual kepada sesuatu software atau pun hardware. Rujuk artikel “Apa itu Fail PDF?” untuk memahami tentang format PDF ini.

Tanpa menghurai panjang tentang fail PDF, di sini saya ingin senaraikan 5 PDF Reader yang saya rasakan terbaik untuk digunakan di PC anda bagi menggantikan Adobe Reader yang asal yang boleh dikelasifikasikan sebagai “Bloatware” – iaitu fail bersaiz besar dan memerlukan pemproses komputer yang laju. Ke lima-lima PDF Reader ini boleh dikategorikan sebagai “Slimware” iaitu merujuk kepada software yang bersaiz kecil dan pantas. Berikut adalah senarai 5 PDF Reader yang dimaksudkan:

(1) HTIPDF Creator 4.0

Walaupun dikategorikan sebagai PDF Creator, ia sebenarnya adalah 2-dalam-1 PDF Creator-Reader yang amat berguna sekali. Saya telah menggunakannya sebagai PDF Creator dan reader.

Icon_face-smile – Stabil, pantas, boleh mencetak fail PDF, boleh buat anotasi, boleh membina katalaluan untuk fail, boleh membina PDF mengikut kesesuaian seperti untuk paparan skrin, e-buku, pra percetakan (percetakan professional) atau pun pada pencetak.

Icon_face-sad – Tiada kekurangan yang dikesan

Icon_homepage – http://www.holdtrendinfo.com/

Icon_downloadhttp://www.holdtrendinfo.com/download/FreewareHTIPDFSetup.exe

Icon_disk – Saiz fail 11.1MB, Freeware, Icon_installation OS-Windows 2000/XP/2003 Server/Vista

(2) Foxit PDF Reader 3.0

Foxit PDF Reader 3.0 adalah antara PDF Reader yang terpantas dalam membuka dan merender dokumen PDF. Saya menggunakannya secara bertukar ganti dengan program HTIPDF Creator 4.0.

Icon_face-smile – Stabil, pantas, boleh mencetak fail PDF, boleh buat anotasi

Icon_face-sad – Kualiti paparan PDF agak kurang sedikit

Icon_homepage – http://www.foxitsoftware.com/

Icon_downloadhttp://www.foxitsoftware.com/downloads/

Icon_disk – Saiz fail 3.57MB, Freeware, Icon_installation OS-Windows 2000/XP/2003 Server/Vista

(3) PDF X-Change Viewer

Icon_face-smile – Stabil, kualiti paparan yang tinggi, tidak sepantas Firefox, boleh mencetak fail PDF, boleh buat anotasi, boleh ekstrak teks dan grafiks, banyak ciri-ciri menarik.

Icon_face-sad – Saiz fail agak besar

Icon_homepage – http://www.docu-track.com/home

Icon_downloadhttp://www.docu-track.com/downloads/users/

Icon_disk – Saiz fail 15.37MB, Freeware, Icon_installation OS-Windows 2000/XP/2003 Server/Vista

(4) Cute PDF Creator 3.8

CutePDF Writer merupakan salah satu lagi kombinasi PDF Creator/Reader yang terbaik untuk digunakan pada PC anda.

Icon_face-smile – Saiz fail yang agak kecil, pantas, boleh membina fail PDF

Icon_face-sad – Memerlukan PS2PDF converter untuk menggunakannya,

Icon_homepage – http://www.cutepdf.com/

Icon_downloadhttp://www.cutepdf.com/download/CuteWriter.exe

Icon_disk – Saiz fail 3.36MB, Freeware, Icon_installation OS-Windows 2000/XP/2003 Server/Vista

(5) Cool PDF Reader

Icon_face-smile – Stabil, sangat pantas, bersaiz kecil dan boleh menukarkan format PDF kepada format imej seperti TXT, BMP, JPG, GIF, PNG, WMF, EMF, and  EPS.

Icon_face-sad – Bar skrol tidak berfungsi dengan baik, tidak update isi kandungan bila anda skrol dengan menarik bar tersebut. Anda mungkin terganggu dengan iklan “Convert PDF to EXE” yang dipaparkan.

Icon_homepage – http://www.pdf2exe.com/index.html

Icon_downloadhttp://www.pdf2exe.com/reader.html

Icon_disk – Saiz fail 896KB , Freeware, Icon_installation OS-Windows 2000/XP/2003 Server/Vista

Lain-lain PDF Reader yang mungkin anda boleh cuba ialah Adobe PDF Reader, Sumatra PDF Viewer, Perfect PDF Reader 5 dan eXPert PDF Reader dan PrimoPDF.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*