Dominasi Tablet Di Tahun 2015

Dalam lima tahun mendatang, atau di tahun 2015, notebook tidak akan lagi mendominasi pasaran komputer bimbit. Pengguna akan lebih memilih tablet berbanding notebook. Setidaknya ini menurut penelitian dari Forrester Research. Dijangkakan pada tahun 2015 nanti, proses transisi ini akan bermula. Pengguna akan lebih memilih tablet daripada laptop, netbook, dan notebook. Laporan terbaru dari Forrester Research menyatakan jika lima tahun ke depan akan menjadi titik akhir setelah 15 tahun kejayaan komputer bimbit.

 

“Untuk pertumbuhan user di abad milenium ini, kecenderungan memilih laptop akan semakin menurun,” tulis di salah satu halaman laporan oleh Frank Gillett, analisis Forrester Research.

 

dominasi ipad

Namun, tablet tidak akan langsung menggantikan kewujudan laptop dengan sendirinya. Dengan banyaknya aplikasi file sharing seperti Dropbox, iCloud, atau Box, akan membuat laptop masih bertahan.

Forrester Research lebih menyoroti pada segi penjualan antara keduanya. Yang pasti tablet akan terus mengalami kenaikan penjualan dalam beberapa abad terkemudian ini.

 

Prediksi Forrester Research pada tahun 2017 nanti, Tablet akan mengalami kelonjakan penjualan daripada laptop sebanyak lima kali ganda berbanding tahun 2011. Pada tahun 2011, sebanyak 81.6 juta transaksi tablet di dunia. Dan dijangka pada tahun 2017 ianya akan meningkat menjadi 424,9 juta. Dan negara-negara membangun pesat seperti China akan mendukung pertumbuhan tablet. Menurut Forrester Research tablet bukan sahaja akan lebih banyak daripada notebook/netbook/laptop bahkan juga smartphone.

 

 

Salah satu rintangan kepada pertumbuhan tablet adalah disebabkan oleh saiz skrin. Menurut Forrester Research, dengan ukuran 7 hingga 10 inc, skrin tablet terlalu kecil untuk tugasan atau kerja-kerja komputasi.

Apakah dominasi tablet ke atas laptop bererti dominasi iPad? Forrester Research tidak sependapat. Sebab mereka menjangkakan di tahun 2017 peranti iPad akan menyusut hingga 50% disebabkan oleh lebih banyak peranti tablet berjenama lain akan wujud. Laptop tidak akan hilang atau ditinggalkan pada lima tahun kedepan. Namun ianya bukan lagi mendominasi pasaran komputer mudah alih. Proses transisinya juga akan memakan waktu bertahun-tahun. Apakah anda sudah bersedia meninggalkan laptop dan beralih ke tablet? Sila lontarkan pendapat anda di kotak komentar.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*