Unlocker 1.87 – Penyelamat Masalah Fail/Folder

example-300x94

Pernahkah anda mengalami masalah tidak boleh memadam fail atau folder dalam komputer anda? Pernahkah anda menghadapi situasi seperti skrin di bawah:

 

Sekiranya anda pernah mengalami masalah seperti ini, anda bukan keseorangan! Ramai pengguna PC menghadapi masalah sedemikian.

Penyelesaiannya amat mudah sekali. Ini kerana adanya satu program komputer PERCUMA yang bernama Unlocker. Unlocker merupakan perisian komputer yang berfungsi sebagai tambahan pada skrin ralatWindows Explorer di mana ianya membolehkan anda memadam fail atau folder yang bermasalah seperti di bawah:

  • Cannot delete file: Access is denied
  • There has been a sharing violation.
  • The source or destination file may be in use.
  • The file is in use by another program or user.
  • Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.

Menggunakan Windows Explorer, anda hanya perlu KLIK butang kanan tetikus pada sebarang fail atau folder yang bermasalah seperti senarai ralat di atas dan pilih Unlocker daripada senarai popup seperti di bawah:

Popup Unlocker

Anda akan dipaparkan dengan skrin di bawah bersama opsyen untuk tindakan seperti UNLOCK, KILL PROCESS dll. Pilih opsyen Unlock dan ini membolehkan anda memadam fail atau folder tersebut.

skrin unlocker2

Untuk mendownload/memuat turun dan memasang perisian (versi terkini adalah Unlocaker v1.87) tersebut, sila click pada link di bawah:

Download Unlocker 1.87 di sini

SELAMAT MENCUBA!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*