Dia – Aplikasi Melukis Carta dan Diagram ala Visio PERCUMA

dia.jpgTahukah anda siapa Dia? Atau lebih tepat lagi apa itu Dia? Jika anda pernah mendengar satu aplikasi komputer bernama Visio – sekarang milik Microsoft, anda tentu tahu fungsi perisian tersebut.

Visio (disebut VIZ-ee-oh) adalah aplikasi komputer yang tersohor untuk membina diagram dan carta alir. Ianya popular di kalangan syarikat-syarikat besar yang mampu membelinya pada harga USD$129-549. Bagi yang mengikuti perkembangan pembangunan perisian “Opensource” – iaitu perisian PERCUMA berkonsepkan sharing seperti Linux OS, kini ada saingan baru kepada Visio iaitu Dia.

Dia v0.96 untuk Windows amat berkebolehan untuk menyaingi kebanyakan perisian membina diagram dan carta alir yang lain seperti E-Draw Max, Smart Draw atau pun FlowChart 6.

Bagi yang ingin mencuba perisian diagram dan carta alir ini, anda boleh memuat turun program tersebut di Laman Web Dia. Atau anda juga boleh menggunakan program yang hampir sama secara online di http://www.gliffy.com/. SELAMAT MENCUBA.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*