Anda Yakin Komputer Baru Tiada Virus?

Fakta
Semua pengguna komputer tidak gemarkan virus yang menganggu hidup mereka. Dan virus telah pun menjadi asam garam kepada pengguna komputer terutamanya mereka yang menggunakan sistem operasi yang dikeluarkan oleh Microsoft, iaitu Windows. Tetapi adakah anda yakin bahawa setiap komputer baru yang anda beli daripada kedai itu bebas virus? Benar-benar yakin?

Virus Dalam Komputer Baru
Mungkin perkara ini dianggap kes terpencil, tetapi peluangnya tetap ada. Kes ini telah terjadi dibeberapa tempat, tidak hanya tertumpu kepada komputer malah iPod juga telah dilaporkan mengandungi virus. Kes terbaru apabila beberapa penyelidik Kaspersky membeli sebuah netbook untuk kegunaan penyelidikan mereka mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut. Setelah dikaji selidik, mereka menjumpai tiga virus yang berada didalam System restore. Dikatakan virus tersebut masuk apabila pekerja netbook tersebut membuat naiktaraf driver netbook tersebut dan dengan tidak sengaja virus tersebut masuk. Virus tersebut adalah varian daripada cecacing AutoRun yang biasa berada didalam UFD (USB Flash Drive) atau lebih mudah, thumbdrive.

Imbasan Penuh
Satu nasihat daripada mereka adalah, perkara pertama yang perlu dibuat apabila mendapat komputer baru adalah, memasang sistem sekuriti seperti antivirus dan membuat naiktaraf secara terus dan naiktaraf sistem operasi sebelum dan dicadangkan juga untuk membuat imbasan penuh full scan. Walaupun nampak seperti MENYUSAHKAN. Semua pengguna komputer tidak gemarkan virus yang menganggu hidup mereka. Dan jika anda salah seorang daripada mereka, baik untuk melakukan imbasan.

Anda Yakin?
Mungkin selepas ini anda akan lebih beringat tetang perkara ini. Nasihati kenalan anda mahupun sesiapa sahaja yang baru membeli komputer baru. Kerana jangan di sebalik kegembiraan mendapat komputer baru akan terbit kesedihan. Kerana sistem operasinya perlu diformat kerana virus yang tidak diketahui mana datangnya.

Security is not a product but it’s a product process!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*