Pengiraan Matematik Buat Seorang Wanita
Tok terbaca satu artikel di internet mengenai bagaimana seseorang wanita yang disamakan dengan satu pengiraan matematik. Dengan logik yang dipaparkan, dibuatkan satu rumusan yang agak menarik tentang wanita. Samada benar atau tidak dakwaan tersebut, tok tidak dapat nak sangkal atau menyetujuinya. Namun apa yang menariknya ialah bagaimana terfikir oleh mereka untuk membuat satu pengolahan matematik terhadap sifat-sifat seorang wanita. Hairan bin ajaib.
Walau apa pun, tok sengaja mahu kongsikan pendapat tersebut. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya! Bagi tok, ini hanya sidetrack daripada artikel-artikel bercorak ilmiah yang dipaparkan di laman ini. Di bawah adalah pengolahan atau pun formula simpel matematik yang diketengahkan oleh penulis blog tersebut. Cuba lihat dan bayangkan hasil kesimpulannya. Apa-apa pandangan dan komen, sila tulis dalam komentar di bawah. Terima kasih…

Filed Under: Pelbagai
















