Cinta Seorang Ibu – Renungan Untuk Si Anak

kasih ibuAlkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anaknya. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit.  Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya itu. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, mengadu ayam dan banyak lagi.

Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, namun ia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sadarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertobat sebelum aku mati”

Namun semakin lama si anak semakin asyik dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat benar ia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya.

Suatu hari ia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malangnya dia tertangkap. Kemudian dia dibawa ke hadapan raja untuk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat desa tepat pada saat loceng berdentang menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”

Dengan tertatih tatih dia mendatangi raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan. Tapi keputusan sudah bulat, anaknya harus menjalani hukuman.

Dengan hati hancur, ibu kembali ke rumah. Tak hentinya dia berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur karena keletihan dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berduyung-duyun datang manyaksikan hukuman tersebut.  Sang algojo sudah siap dengan pancungnya dan anak tadi sudah pasrah dengan nasibnya itu.

Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya. Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba.

Sampai waktu yang ditentukan tiba, loceng belum juga berdentang walaupun sudah lewat lima minit dan suasana mulai berisik, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan loceng datang. Ia mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali loceng tapi bunyi dentangnya tidak ada.

Saat mereka semua sedang bingung, tiba2 dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar2  seluruh rakyat menantikan saat beberapa orang naik ke atas menyelidiki punca aliran darah tersebut.

Tahukah anda apa yang terjadi?

Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepala hancur berlumuran darah. Dia memeluk bandul di dalam loceng tersebut yang menyebabkan loceng itu tidak berbunyi, dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk ke  dinding loceng berkenaan.

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata. Sementara si anak meraung-raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya. Ternyata malam sebelumnya si ibu dengan susah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di loceng. Memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung anaknya.

Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya.  Betapapun jahat si anak, si ibu sentiasa tetap mengasihi si anak sepenuh hidupnya.

Marilah kita mengasihi orang tua kita masing masing selagi kita masih mampu
kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini

Sesuatu untuk dijadikan renungan utk kita..

Agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun jua di dunia ini.

There is a story living in us that speaks of our place in the world

It is a story that invites us to love what we love and simply be ourselves

Ambillah waktu untuk berfikir, kerana itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, kerana itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, kerana itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, kerana itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, kerana itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, kerana itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, kerana itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, kerana itu membuat hidup terasa lebih bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, kerana itu adalah nilai keberhasilan

Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diundur kembali….

Wallahu a’lam.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*