Fakta Menarik Tentang “Travel” – Bhg 1

Masa untuk menenangkan fikiran anda! Dalam merehatkan minda anda, cuba fikir-fikirkan fakta dan trivia berikut. Anda mungkin tersenyum, malah mungkin juga teruja dan tergamam dengan fakta-fakta berikut. Tahukah anda bahawa….

QANTAS – Pernahkah anda terfikir apa yang dimaksudkan dengan Penerbangan Kebangsaan Australia yang berjenama QANTAS? Kalau MAS – Malaysia Airlines, SIASingapore International Airlines tetapi QANTAS? Apa kena mengena dengan Australia? QANTAS sebenarnya adalah akronim kepada Queensland And Northern Territories Air Service.

KERETA API – Tahukah anda kereta api pertama di dunia mencapai kelajuan hanya pada 8 km/jam jauh lebih perlahan kebanyakan basikal sekrang yang rata-ratanya berkelajuan lebih kurang 30 km/jam

ADA SOALAN? – American Airlines biasanya menghidang satu pek makan ringan kacang tanah goreng di dalam kapal terbang kepada pelanggan mereka. Yang bestnya, pada pek tesebut terdapat satu instruction atau arahan menggunakan pek makanan tersebut. Sila baca arahan itu yang berbunyi begini…..“Instructions: Open packet, eat nuts.” Jika anda masih lagi ada masalah, boleh panggil pramugari untuk bantuan!

TAK SEMPAT NAK LELAPKAN MATA! Kalau anda menaiki penerbangan di Scotland iaitu di sebuah pulau bernama Westray ke pulau yang berjiran dengannya iaitu Pulau Papa Westray, anda mungkin tidak sempat untuk melelapkan mata seketika kerana perjalanan tersebut memakan masa hanya 2 minit. Penebangan terpendek di dunia!

OLIVE FREE – Pada tahun 1987, American Airlines dapat berjimat sebanyak USD$40,000 dengan tidak menghidangkan hanya sebiji OLIVE pada sajian Kelas Bisnes mereka.

MELANCUNG KE ICELAND? – Kalau anda melancung ke Iceland, jangan sekali-kali anda memberi tip di restoran kerana amalan tersebut dianggap sebagai menghina mereka di sana.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*