Kisah Motivasi Tokoh Tersohor – Steve Jobs

steve_jobsTahun 1976, bersama rakannya Steve Wozniak, Jobs yang baru berusia 21 tahun mulai mendirikan Apple Computer Co.  di garaj kereta milik keluarganya. Dengan susah payah mengumpulkan modal yang diperolehi dengan menjual barang-barang mereka yang paling berharga, usaha itu pun dimulai. Komputer pertama mereka, Apple I berhasil mereka jual sebanyak 50 unit kepada sebuah kedai tempatan.

Dalam beberapa tahun, usaha mereka cukup berkembang pesat sehingga tahun 1983, Jobs melantik John Sculley dari Pepsi Cola untuk memimpin bisnes itu.  Sampai sejauh itu, Apple Computer menuai kejayaan dan pengaruhnya dalam industri komputer bertambah popular dengan pelancaran komputer peribadi Apple Macintosh. Namun, pada tahun 1985, setelah berlaku konflik dengan Sculley, Apple Computer telah memutuskan memberhentikan pengasas  mereka sendiri, iaitu Steve Jobs.

Setelah menjual sahamnya, Jobs yang mengalami kesedihan luar biasa banyak menghabiskan waktu dengan berbasikal dan berhijrah ke Eropah. Namun, tak lama setelah itu, pemecatan tersebut rupanya membawa semangat baru bagi dirinya.  Beliau memulakan satu bisnes baru iaitu membina komputer NeXT dan menceburi bisnes animasi melalui syarikatnya Pixar. NeXT yang sebenarnya sangat maju dalam hal teknologinya ternyata tidak membawa hasil yang baik secara komersil. Akan tetapi, Pixar adalah sebuah kisah sukses lain berkat tangan dinginnya. Melalui Pixar, Jobs membawa trend baru dalam dunia filem animasi seiring dengan dilancarkannya filem produksinya animasi 3D pertama Toy Story dan selanjutnya Finding Nemo dan The Incredibles.

Sepeninggalan Jobs, dominasi IBM dan Microsoft dalam pasaran komputer begitu ketara sekali membuatkan Apple kalah bersaing dan nyaris bankrap. Maka, tahun 1997, Jobs dipanggil kembali untuk mengisi posisi peneraju Apple secara sementara. Dengan mengaplikasi teknologi yang dirancang di NeXT, kali ini Apple kembali bangkit dengan pelbagai produk berteknologi maju seperti MacOS X, IMac dan salah satu yang paling fenomenal ialah iPod dan iPhone.

Kisah sukses Steve Jobs mengajarkan kepada kita bahawa tidak ada sesuatu kejayaan yang segera. Penolakan dan kegagalan seringkali mewarnai perjalanan hidup kita, tapi jangan biarkan semua itu membuat kita berhenti.

Steve Jobs, walau pun tidak pernah menamatkan pembelajarannya di Reed College, menjadi seorang yang paling berjaya dan seorang yang inovatif dalam industri komputer sekarang….

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Kisah Motivasi Tokoh Tersohor – Steve Jobs

  • 21/04/2011 at 9:36 pm
    Permalink

    kalu tgk cite pirate in silicon valley kite akan tgk mcm mane bill gates pandai ambik kesempetan dan steve jobs seorang yang angkuh dan gila tapi bijak..

    Reply
    • 22/04/2011 at 5:21 am
      Permalink

      pada saya Steve Job lebih kpd seorang yang kreatif dan inventorist manakala Gates is more of a clonist and escapist. Dia buat windows pun tiru OS Apple yg dipelopori oleh Jobs, tp dia terlepas drp kes hakcipta masa kena sue kat Apple dulu. Jobs provides creative marketing in his strategy. Ingat x at one time Apple is almost bankcrupt, but Gates injects some fund into Apple, and Job masuk balik Apple utk nak improve and selesai masalah Appple. Dengan gaji 1 dollar setahun, Jobs afterwards came up with iMac. And the rest was history! Apple keeps coming up with new innovative products such as iMac (computer), iPod 7 iTunes (music), iPhone and the latest is iPad.

      Bila Jobs invent sesuatu produk untuk Apple, kebanyakan semua produk tersebut berjaya di pasaran sehingga jai kegilaan ramai dan terus ditiru/imitate oleh syarikat lain seluruh dunia. Itulah sebabnya Apple menjadi satu syarikat yang begitu popular skrg!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*