Anehnya Matematik – Betul Tapi Salah!

mate magikEntri ini dibuat semata-mata untuk mendalamai kebenaran ilmu matematik yang kita selama ini bertungkus lumus mempelajarinya – ada hanya sekadar terhenti di peringkat rendah sehingga ada yang mencapai tertinggi PHD. Pada saya yang hanya sampai ke peringkat semi pro ini, kadang-kadang suka juga mengkaji dan menyelidik beberapa artikel matematik yang saya fikir amat menarik, terkadang-kadang terasa anehnya ilmu matematik ini. Tidak mahir sangat tentang matematik, namun dek rasa minat itu mendalam, saya tuliskan entri ini walaupun mungkin seseorang yang terlibat dengan subjek matematik seperti pelajar kelas menengah, IPT dan guru matematik yang berminat membacanya.

Di sini saya ingin membuktikan bahawa kaedah algebra dalam matematik seharian adalah magik, betul tapi salah! Kadang-kadang kita tidak terfikir apa yang kita gunapakai selama ini apakah benar-benar betul atau pun tidak. Anehnya matematik!  Cuba lihat 4 kes magik matematik di bawah:



KES MAGIK 1

Soalan: Buktikan 3 sama dengan 4

Teori yang nak dibuktikan ialah: 3 = 4

Pengolahan Bukti dan Penyelesaiannya:

Katakan:

a + b = c

Ianya boleh ditulis kembali sebagai:

4a – 3a + 4b – 3b = 4c – 3c

4a + 4b – 4c = 3a + 3b – 3c

4 * (a+b-c) = 3 * (a+b-c)

Sekarang padamkan terma yang sama pada bhg kiri dan kanan:

Oleh itu:

4 = 3

KES MAGIK 2: RM1 = 1 sen

Betulke RM1 sama dengan 1 sen?

Ramai orang tak percaya, tetapi secara algebra ianya boleh dibuktikan. Anda akan lihat bagaimana anda akan kehilangan sebanyak 99 sen.

Bukti:

Dengan menggunakan R sebagai RM dan s sebagai sen

R1 = 100s

= (10s)^2

= (R0.1)^2

= R0.01

= 1s = 1 sen

KES MAGIK KE-3:  4 sama dengan 5

Theori untuk dibukti: 4 = 5

Bukti:
-20 = -20
16 – 36 = 25 – 45
4^2 – 9*4 = 5^2 – 9*5
4^2 – 9*4 + 81/4 = 5^2 – 9*5 + 81/4
(4 – 9/2)^2 = (5 – 9/2)^2
4 – 9/2 = 5 – 9/2
4 = 5



NahTerbuktilah bahawasanya: 4 = 5

Cub fikir-fikirkan….

KES KE-4: Semua nombor mempunyai nilai yang sama?


Teori: Semua nombor mempunyai nilai yang sama

Katakan a dan b, dan biarkan t = a + b. Oleh itu:

a + b = t

(a + b)(a – b) = t(a – b)

a^2 – b^2 = ta – tb

a^2 – ta = b^2 – tb

a^2 – ta + (t^2)/4 = b^2 – tb + (t^2)/4

(a – t/2)^2 = (b – t/2)^2

a – t/2 = b – t/2

Oleh itu  a = b

P/S: Kalau semua nombor sama nilainya, matematik sudah tidak bermakna lagi dalam dunia ini….

Cuba fikir-fikirkan….

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*