Khasiat Air Zam-zam

Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi.

Rasullah s.a.w. bersabda, maksudnya : “Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai).”

Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk sebarang hajat, dia akan mencapainya. Orang – orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.

Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.

Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama’, misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telah mengabulkan hajat beliau ini. Beliau telah menjadi seorang ulama’ yang paling alim pada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam.

Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, “Orang yang meminum air ZamZam itu:

Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.

Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.

Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.

Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.

Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.

Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.

Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.

Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.

Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.

Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘ Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam ‘ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal, Insya’Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Amin.

Wallahu A’lam.

Technorati : , , ,
Del.icio.us : , , ,

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*