BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Fakta Tentang Orang Genius

albert einsteinKisah orang genius ini memang amat banyak sekali di internet dan saya juga pernah menulis artikel mengenai pelajar Malaysia yang genius sebelum ini. Pada entri ini, mari kita sama-sama meneliti senarai orang-orang genius di dunia di samping mengetahui serba sedikit tentang IQ. Diharap artikel dapat membantu anda memahami tentang IQ.

Latarbelakang Tentang IQ

Dalam rangka untuk membina pengetahuan asas, IQ (intelligence quotient) adalah skor yang diperolehi daripada usaha untuk mengukur tahap sebenar keupayaan mental setiap individu. Secara peribadi saya meletakkan nilai yang kecil bagi ujian IQ, walaupun saya mengakui bahawa nilai tersebut adalah petunjuk yang berpotensi menjadi asas kepada beberapa faktor kejayaan seseorang secara umumnya.

Mengikut definis IQ, secara amnya skor IQ 100 merupakan skor yang average atau purata untuk sesorang, jadi jika skor anda di bawah tahap ini, anda boleh diklasifikasikan sebagai kurang pintar atau secara kasarnya lebih bodoh daripada rata-rata kebanyakan orang, dan jika anda mendapat skor di atas nilai tersebut bererti lebih cerdas daripada purata kecerdasan kebanyakan orang.

Skor IQ umumnya diakui mengikut Sistem Kedudukan di bawah:

Skor IQ Sistem Kedudukan Tradisional
140 + (~.25%) Genius ataupun berhampiran Genuis
130 – 139 Sangat Pintar dan Berbakat Tinggi
120 – 129 Kecerdasan Sangat Superior
110 – 119 Kcerdasan Superior
90 – 109 Biasa / Normal
80 – 89 Kurang Pintar
70 – 79 Sempadan kekurangan
50 – 70 Masalah Mental ringan
35-50 Masalah Mental Sederhana
20 – 35 Keterbelakangan -mental yang berat
< 20 Masalah Mental yang paling berat (1%)
IQ Bellcurve
Taburan nilai IQ adalah sebagai berikut:

  • 50% daripada nilai IQ jatuh antara 90 dan 110
  • 70% daripada nilai IQ jatuh antara 85 dan 115
  • 95% daripada nilai IQ jatuh antara 70 dan 130
  • 99,5% daripada nilai IQ jatuh antara 60 dan 140
  • Skor daripada 132 sama dengan top 2%
  • Sebuah skor 134 sama dengan atas 1%
  • Skor daripada 68 sama dengan bawah 2%
  • Skor daripada 66 sama dengan bawah 1%

Saya ingin berhenti sejenak dan menyuntikkan sedikit falsafah sebelum kita teruskan. Saya sama sekali tidak mengambil kira sangat tentang ukuran kecerdasan ini. Saya hanya menghormati orang berdasarkan tindakan mereka. Jadi tak seorang pun boleh iri atau meniru orang-orang di dalam senarai berikut kerana masing-masing dengan kemampuan tersendiri.

Rekod Orang Yang Tertinggi IQ

Orang Masih Hidup

Senarai Orang Masa Lampau

Pada tahun 1926, pakar psikologi Dr Catherine Morris Cox – yang telah dibantu oleh Dr Lewis M. Terman, Dr Florence L. Goodenaugh, dan Dr Kate Gordon – menerbitkan suatu kajian terhadap “tokoh-tokoh yang paling terkemuka lelaki dan wanita” yang pernah hidup antara tahun 1450 hingga 1850 untuk menganggarkan apakah skor IQ mereka. Data daripada kajian tersebut serta sumber-sumber lain telah disusun dan dicatat untuk membentuk senarai berikut. Sila tambahkan sebarang komentar jika anda mempunyai penambahan atau pembetulan (pastikan daripada sumber-sumber yang sahih).

Juga, lihat Senarai Wikipedia Universal Genius (Polymaths).

UJI IQ ANDA

Sekarang anda sudah membaca semua tentang orang-orang pintar ini, tentunya anda ingin tahu bagaimana kedudukan IQ anda? Ya, luangkan masa selama 40 minit untuk melakukan ujian IQ di bawah.

Pilih gambar di bawah ini dan jam bermula sebaik sahaja anda mula KLIK pada gambar di bawah. Jadi bersiaplah untuk menjawab soalan berikut sepenuhnya selama 40 minit. Percayalah, anda akan memerlukannya! Oh, dan jika anda menjawab “A” pada setiap soalan, anda mendapatkan 72! (a = 72, b = 65, c = 65, d = 65, e = 72, f = 72, g = 65, dan h = 65 ) Selamat mencuba unjian IQ ini!

IQ Test

Pandangan yang berbeza daripada kecerdasan IQ cuba di sini: Teori Multiple Intelligences

Saya telah mencuba ujian IQ tersebut dan berikut adalah skor saya:

iqtest.jpg

Jika ternyata anda adalah seorang Genius, bergabung dengan group atau kelab genius! Berikut adalah cara untuk berhubungan dengan rakan-rakan intelek anda:

Technorati : , , ,
Del.icio.us : , , ,

Filed Under: Pelbagai

Tags: , , ,

7 comments on “Fakta Tentang Orang Genius

  1. Dyana ShaifulHaq on said:

    Sy dpt 100~
    kurang 10 drp en.
    ~

  2. tokjogho on said:

    tahniah!! tahniah!!

  3. shawol on said:

    I got 110… ok x??
    huhuhu..

  4. tokjogho on said:

    okla tu…

  5. eyna on said:

    kali pertama saya cuba ,dapat 98.. kali kedua sya cuba lagi dapat 108… yohooo… oklatu.. kn….hehe..

  6. hasnatul najwa on said:

    saya dpt 110……ini dlm kategeri mna…..

  7. fajarms on said:

    saya dapet 118, satu kali coba yuhuu :D lumayan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Benarkah Nabi Muhammad s.a.w Dilahirkan 12 Rabiul Awwal?

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir...

Close
34 queries in 2.444 seconds.