Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

Rahsia Tulisan Tangan

tulisan_tangan

tulisan tangan 150x150 Rahsia Tulisan Tangan
tulisan_tangan
Tulisan tangan memiliki kaitan erat dengan keadaan jiwa kita. Bagaimana cara membacanya? Tulisan tangan dapat mengetahui siapa anda. Ya, memang banyak hal yang dapat diungkapkan dari tulisan tangan. Seorang ahli ilmu jiwa mengatakan bahawa tulisan adalah gambaran jiwa seseorang. Bahkan bagi seseorang yang pakar dalam ilmu meanalisis tulisan tangan boleh mentafsir situasi keperibadian seseorang dengan begitu tepat sekali.

Tetapi sudah tentunya terjemahan sedemikian itu bukan ditafsir secara sembarangan atau semberono sahaja, kerana untuk menyelinap rahsia tersebut memerlukan satu penguasaan ilmu yang unik dan tersendiri. Jika ada di antara pembaca misteri ada yang berminat membaca perihal rahsia tulisan tangan dan isi makna yang terkandung di sebaliknya, anda boleh membaca dengan terperinci dengan mencari perkataan graphology atau handwriting analysis di internet ! Namun sebelum itu anda perlukan tetapkan di minda anda bahawa ilmu ini melibatkan perihal ramal-meramal yang sememangnya tidak memperolehi kebenaran 100 peratus bahkan mungkin juga tidak boleh diterima ketentuannya.

Demikian pula dalam meramal keperibadian seseorang melalui tulisan tangannya. Walaupun tafsiran dari tulisan tangan itu tidak mencapai ketepatan yang kita inginkan, namun ia sebenarnya amat berguna sekali sekiranya ianya berkait rapat dengan pemahaman tentang dan sifat peribadi seseorang. Misal kata, sekira anda bekerja sebagai seorang Personnel Manager atau Pengurus Sumber Manusia dalam sesebuah syarikat, ilmu ini mampu membantu anda memahami sifat seseorang dengan lebih dekat dan sehubungan dengan itu anda boleh mengambil approach yang berlainan ketika berhadapan dengan setiap pekerja berpandukan karektor atau sifat mereka. Pendekatan sebegini mungkin merupakan pendekatan yang lebih berhikmah dan berhemah berbanding dengan cara pendekatan yang satu hala atau satu cara tertentu. Penguasaan anda dalam memahami sifat dan karekterisk seseorang pekerja bawahan anda mungkin menyebabkan anda lebih dihormati atau disayang sebagai seorang BOSS. Sekarang mari kita cuba melihat apakah rahsia di sebalik tulisan tangan ini atau pun ilmu yang dipanggil Grafologi ini. Menurut Grafologi, sedikitnya ada enam perkara berkaitan dengan tulisan yang boleh kita gunakan sebagai cara membaca keperibadian seseorang melalui tulisan tangannya. Berikut adalah secara garis kasar antara perkara-perkara tersebut:

1. Besar Kecilnya Tulisan.

Dilihat dari sudut besar kecilnya sesuatu tulisan, terdapat empat kriteria penting yaitu : kecil, sedang, besar, dan sangat besar.

  • Tulisan yang berukuran kecil menunjukkan sifat pendiam, sering menyendiri tapi punya otak yang cemerlang dan fikirannya selalu ilmiah. Orang dengan tulisan seperti ini biasanya berfikiran secara logik.
  • Tulisan tangan yang ditulis kecil-kecil tapi jelas mudah untuk dibaca menunjukkan penulisnya pandai, juga punya konsentrasi kuat, walau sayang tipe ini kadang suka sekali menonjolkan keilmuannya. Sedangkan jika tulisan tangan kecil dan susah membacanya berarti sang penulis adalah orang bertipe mandiri dalam hidupnya.
  • Tulisan tangan sedang, mengandung makna bahawa penulisannya adalah orang yang sangat terpaku kepada tradisi kuno, atau hal-hal yang bersifat formil modern. Tipe ini sangat jitu dalam penggunaan logika untuk dasar referensi keputusan-keputusannya.
  • Jenis tulisan tangan yang besar menunjukkan besarnya ambisi seseorang namun murah hati dan selalu ingin dihargai oleh orang lain, di samping suka melebihkan omong-omongan yang kurang perlu. Sedangkan untuk jenis tulisan tangan yang sangat besar menunjukkan bahawa penulisnya sangat hati-hati dalam segala hal, gemar membuat perhatian bagi sekelilingnya, banyak over aktingnya dalam mencari perhatian, ingin selalu tampil di depan, kerana dia gemar berpetualang kemana-mana, mengikuti panggilan jiwanya.

2. Gaya Tulisan.

Dalam spesifikasi Gaya Tulisan ini terbagi ke dalam lima sub. Masing-masing, adalah :

2.1 Gaya Sambung Biasa

Orang yang punya model tulisan begini biasanya senang memberi respon pada setiap masalah, bisa menerima ide dari orang lain, mudah bergaul dan disenangi teman. Baginya berbakat untuk menjadi seorang pemimpin.

2.2 Gaya Sambung Berbentuk Petak

Mengandung erti penulisnya mudah dipengaruhi, selalu menilai enteng atau mudah setiap persoalan, hingga tindakannya terkadang seolah-olah sembrono, tanpa pemikiran yang matang.

2.3 Gaya Sambung Berliku

Tulisan yang banyak luka-likunya, mengandung makna bahawa penulisnya sangat formil, hati-hati dan sering menonjolkan status, namun umumnya sifat mereka pendiam, gemar menyendiri dan biasanya banyak memiliki keahlian atau bakat.

2.4 Gaya Lurus dan Tirus

Tulisan tangan model demikian menunjukkan penulisnya orang agresif, sangat tekun mengerjakan sesuatu, walau kadang-kadang enggan berkompromi dengan orang lain. Bila lancipnya pada huruf awal saja maka pertanda dirinya orang yang banyak mengalami konflik psikologis, sehingga kadang bersikap agresif.

2.5 Gaya Campuran

Bentuk tulisan bersambung yang tak keruan menuliskan cepat, dan kadang sukar membacanya hal ini mengandung erti bahawa penulisnya adalah orang yang biasa berpikir cepat, kreatif tapi paling tersinggung kalau dikritik. Bahkan, bila tidak sesuai dengan kehendaknya jangan harap orang bisa mendapatkan bantuannya kerana dia paling doyan mengelak dalam memberi pertolongan.

3. Kemiringan Tulisan

Bentuk kemiringan tulisan tangan, apakah itu miring ke kiri atau ke kanan, atau tegak lurus.

  • Mereka yang tulisannya miring ke kiri menunjukkan penulisnya bersikap tertutup (introvet). Segala sesuatu diukur menurut penilainnya sendiri atau menurut ukuran masa lampau. Disamping mempunyai sikap konservatif, orang dengan tipe tulisan ini sangat individualis.
  • Jenis tulisan miring ke kanan, menandakan orang yang ramah, aktif dan bersikap terbuka (extropet), berani menghadapi tantangan baru. Dalam bekerja kata hatinya merupakan power yang penting, tapi dalam hal yang kurang dikuasai dia lebih banyak untuk menanyakan kepada ahlinya.
  • Tulisan tangan yang bentuknya tegak, mengandung erti bahawa penulisnya adalah tipe orang yang tak suka banyak diatur. Baginya dia adalah miliknya sendiri, kebebasan menjadi hobinya dalam mengerjakan sesuatu tindakan, namun kontrol diri tidak pernah lepas dalam memilah dan memilih hal yang dianggapnya positif.

4. Tekanan Tulisan

  • Bila kita memperhatikan bekas tulisan tangan seseorang akan ditemukan tampak goresan tekanan tulisan seperti tercetak di baliknya. Dengan memperhatikan bekas goresan yang tercetak di balik kertas kita akan dapat mengetahui dan menebak bagaimana kepribadian dan tingkah laku si penulisnya.
  • Tekanan yang halus berarti pembawaannya tenang, tapi mudah atau tidaknya dibaca itu bukan persoalan. Sedangkan tulisan yang bekas tekanannya tercetak jelas dibelakangnya menandakan penulisnya punya sifat kaku dan formal. Karenanya orang ini sulit untuk bisa cepat menyesuaikan diri dalam pergaulan, namun dia menganggap bersikap demikian penting baginya agar dihargai orang lain.

5. Bentuk Huruf Awal

Diantara orang ada yang gemar memainkan bentuk tulisannya, terutama bentuk awal tulisannya. Beberapa ciri dan kecenderungan karakter si penulis adalah sebagai berikut :

5.1 Bentuk Jangkar

Disebut bentuk jangkar kerana memang huruf awal tulisnya dalam bentuk jangkar. Tulisan ini memberi tanda bahawa yang memiliki tulisan cenderung bersikap kurang dewasa dan kurang percaya diri dalam menjalani hidup. Dia banyak bersikap pasif.

5.2 Bentuk Busur

Disebut bentuk busur kerana memang bentuk awalnya membentuk busur seperti ditarik. Pemilik tulisan ini biasanya cepat puas dengan hasil yang dicapai, dan hidupnya sangat berpandangan kuat akan nilai-nilai religius.

5.3 Bentuk Memanjang

Huruf awal memanjang yang dituliskan pelan-pelan, menunjukkan bahawa orangnya terlalu berhati-hati dalam merencanakan masa depan. Panjanganya huruf awal menunjukkan kelambatan kerja dan pemborosan waktu.

5.4 Bentuk memanjang dari bawah

Bentuk memanjang dari bawah bila digoreskan secara kilat menunjukkan penulisannya orang yang agresif dan cepat menyelesaikan pekerjaan, disamping gemar melakukan berbagai eksprimen.

6. Bentuk Huruf Akhir

Bentuk akhir kata yang dituliskan, menunjukkan sikap sosial dan kualitas penulisnya. Tentang huruf akhir ini ada tiga model. Masing-masing, adalah :

  • Bila huruf akhir suatu kata ditulis memanjang, mengandung pengertian bahawa orang itu memiliki kemurahan hati, rasa sosialnya besar.
  • Bila huruf akhir memanjang ke atas, berarti penulisnya menyukai kemewahan, disamping idealis dan punya semangat yang tinggi.
  • Bila huruf akhir menyilang berarti tidak segan mengritik diri sendiri apabila perbuatannya memang salah atau keliru.

Bagaimana dengan anda? Apakah analisa-analisa tentang tulisan tangan di atas menyerupai kriteria diri dan sifat anda? Jika ya, mungkin ada benarnya analisa ini. Namun, jika tidak tidak….ianya sememangnya hanya ilmu ramalan manusia semata-mata.

Technorati : , ,
Del.icio.us : , ,

Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

*

*


+ six = 12

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro