Pelancong Perubatan – Apa Maksudnya?

KERJA mulia doktor yang merawat dan menyelamatkan pesakit antara aset penting sesebuah negara kerana ia boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor pelancongan perubatan yang semakin popular di seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.

Mungkin ramai tertanya bagaimana doktor pakar yang kerjanya terperuk dalam hospital sepanjang hari boleh menjadi aset berharga dalam industri pelancongan. Ia bukan menghairankan kerana trend pelancongan kini berubah; ada pelancong datang ke sesebuah negara hanya untuk mendapatkan rawatan yang dilihat lebih baik daripada negara sendiri.

Kalau diberi pilihan, boleh dikatakan semua pesakit mahu mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat yang dianggap terbaik di dunia. Bagaimanapun, banyak lagi perkara perlu diberi perhatian kerana di negara lain juga ada rawatan dan kepakaran sama dengan kos lebih murah.

Malah, ramai penduduk Amerika sanggup duduk berjam-jam dalam kapal terbang untuk mendapatkan rawatan di negara lain. Banyak faktor mendorong kepada peningkatan jumlah pelancong perubatan iaitu:

Ketiadaan penjagaan kesihatan asas di negara sendiri pada tahap diperlukan, kaedah rawatan terhad atau jika ada, senarai menunggu terlalu panjang.

Artikel ini dipetik daripada:

Harian Metro tulisan Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*