12 Gempa Bumi Terdahsyat Di Dunia

gempa bumi

Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).


Bagi kalangan pengamat, gempa bumi di Cile (Chili) Sabtu pada tahun ini merupakan salah satu yang terdahsyat yang pernah tercatat dalam sejarah moden. Jumlah korban masih belum dapat dipastikan, namun sedikitnya 300 orang maut akibat gempa yang terjadi pada Sabtu dini hari waktu setempat.

Sebelum gempa berkekuatan 8.8 pada Skala Richter (SR) mengguncang Chile, mahluk di atas Bumi sudah merasakan gempa yang tak kalah dahsyat sejak ratusan tahun lampau. Di beberapa kasus, gempa bumi juga mengakibatkan serangan gelombang laut, populer dengan nama tsunami, yang juga menimbulkan dampak yang mengerikan.

Maka, berikut ini adalah daftar 12 gempa bumi berikut tsunami (serangan gelombang laut) terdahsyat di berbagai negara yang menimbulkan banyak korban jiwa. Urutan peristiwa berdasarkan kekuatan gempa yang dihitung menurut ukuran SR.

22 Mei 1960: gempa 9.5 SR di Chile bahagian selatan berikut tsunami menewaskan 1716 jiwa.

27 Mac 1964: gempa 9.2 SR di Prince William Sound, Alaska, berikut tsunami menewaskan 128 jiwa.

26 Disember 2004: gempa 9.1 SR di lepas pantai Pulau Nias, Indonesia, berikut tsunami menewaskan 226,000 jiwa di 12 negara, diantaranya 165,700 di Indonesia dan 35,400 di Sri Lanka.

4. 13 Ogos 1868, gempa 9.0 SR di Arica, Peru / Chile berikut tsunami menewaskan lebih dari 25,000 jiwa di Amerika Selatan.

5. 26 Januari 1700: gempa 9.0 SR di Northern Carolina, Oregon, Washington, dan British Colombia berikut tsunami turut merusak vila-vila di Jepun.

6. 4 November 1952: gempa 9.0 SR di Kamchatka menimbulkan tsunami setinggi 9.1 meter di Hawaii, tidak ada laporan korban jiwa.

7. 31 Januari 1906: gempa 8.8 SR di lepas pantai Ekuador dan Kolombia berikut tsunami membunuh sekurang-kurang nya 500 orang.

8. 27 Februari 2010: gempa 8.8 SR di lepas pantai Cile dan menimbulkan ancaman tsunami di negara-negara Pasifik. Jumlah korban jiwa belum dipastikan.

9. 1 November 1755: gempa 8.7 SR di Lisbon, Portugal, berikut tsunami membunuh sekitar 60,000 orang

10. 8 Juli 1730: gempa 8.7 SR di Valparasio, Cile, membunuh sekurang2nya 3000 jiwa.

11. 15 Ogos 1950: gempa 8.6 SR di Assam, Tibet, membunuh sekurang-kurangnya 780 nyawa.

12. 28 Mac 2005, gempa 8.6 SR di Sumatra bahagian utara, Indonesia, mengorbankan sekitar 1300 nyawa.

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

*

*


6 − = four

 

Top
PROMOSI TERHAD!!! Diskaun 20% utk setiap langganan iklan 3 bulan. SAH sehingga 15/04/14!!
Tempah Sekarang
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
mudah mengandung
Tips dan Petua Mudah Hamil

Anda ingin hamil? Sudah tentu itulah persoalan yang sering bermain di setiap fikiran seorang ibu. Setiap pasangan suami isteri memang tidak sabar untuk memiliki anak...

Close