9 Sebab Untuk Tidak Pilih “Unlimited Hosting”

semuanya unlimited

Masih tercari-cari Tapak Pengehos domain yang reliable? Terpinga-pinga dengan pelbagai “offer” yang ditawarkan oleh  pengehos domain ini? Biasanya kebanyakan pengehos domain menawarkan saiz ruangan yang tertentu seperti 1GB, 5GB dsb, bandwidth yang dihadkan saiznya (seperti 10GB, 30GB, 100GB dll) serta domain yang terhad kepada 2, 5 atau 10. Tetapi ada juga sesetengah pengehos ini menawarkan apa yang diistilahkan sebagai “Unlimited Hosting” – dengan kata lain “Unlimited of Everything” seperti Unlimited Storage, Unlimited Domain, Unlimited Subdomain, Unlimited Bandwidth or Traffic, Unlimited E-mail Accounts dan Unlimited mySQL databases. Bolehkah pengehos ini diPERCAYAI? Apakah ada udang di sebalik batu?

Sebenarnya kebanyakan Pengehos domain ini merupakan Pengehos yang agak baru dalam dunia Hosting – mungkin dalam sekitar 2 – 3 tahun dan tujuan utama mereka adalah untuk mencari pelanggan, terutama yang masih “naive” atau baru mengenali dunia web, domain dan hosting ini. Kebanyakan PENGEHOS tapak web yang sudah “established” biasanya datang pakej yang dihadkan agar server mereka tidak menjadi “overload” dengan telampau banyak web, bandwidth sehingga menjadi terlalu perlahan dan membebankan. Jika ada sekalipun PENGEHOS yang sudah established in menawarkan pakej yang sedemikian, biasanya ianya ditawarkan pada kadar premium yang agak tinggi atau ada “terma-terma” tersirat yang perlu anda fahami dan patuhi.

Walau pun tidak dinafikan ada di antara PENGEHOS BARU ini yang ikhlas TETAPI boleh dikatakan kebanyakan mereka juga mempunyai terma-terma tertentu yang perlu anda patuhi. Baca dan fahamii terma-terma tersebut dengan teliti agar anda tidak terjebak dengan tawaran sedemikian. Walau bagaimanapun, di sini saya ingin lontarkan 9 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU ELAKKAN DRP MEMILIH “UNLIMITED HOSTING” INI.

Berikut adalah antara 9  senarai sebab-sebab utama kenapa anda perlu mengelakkan daripada memilih pakej “Unlimited Hosting” ini:

SATU – Kebanyakan Pengehos Unlimited ini sebenarnya tidak memberi anda semuanya unlimited. Anda mungkin boleh meletakkan domain tanpa had pada akaun anda, tetapi mereka mungkin tidak akan membenarkan anda menggunakan segala sumber-sumber yang terdapat dalam server tersebut

DUA – Mungkin anda boleh meletakkan banyak domain dan dapat tanpa had trafik, tetapi tahukah anda bahawa setiap domain tersebut perlu berkongsi bandwith atau trafik sesama mereka. Ini boleh membebankan server dan memperlahankan akses dan loading server tersebut.

TIGA – Untuk mendapatkan Akaun TanpaHad/Unlimited itu, anda mungkin terpaksa membayar sewa bulanan atau tahunan yang agak mahal berbanding jika anda mencari pengehos yang menawarkan ruangan dan domain yang terhad pada harga yang lebih murah, disamping memperolehi server yang lebih efisien, pantas tan tidak overloaded.

EMPAT – Majoriti pelanggan hos sebenarnya tidak memerlukan tawaran tanpa had ini. Pada hakikatnya, mereka hanya perlu kepada hos yang reliable, responsif kepada masalah dan mudah bertolak ansur. Perkataan Unlimited ini hanya taktik “PEMASARAN” semata-mata. Jika anda mengkaji pengehos-pengehos yang telah lama established di dunia ini seperti HostGator.com, netfirm.com, lunarpages.com jarang menawarkan pakej hos tanpa had – kalau ada pun ada pra-syarat yang perlu dipatuhi seperti mesti berlanggan selama 5 tahun dsb. Sila lihat skrin di bawah:

unlimited2

unlimited3

LIMA – Bila anda ada akaun unlimited, anda perlu banyak masa dan kemahiran untuk menyelenggarakan domain-domain anda dalam akaun anda. Ini termasuklah membahagikan bandwidth, menambah addon domain, mewujudkan akaun emel untuk domain tertentu dsb. Ianya amat membebankan dan menyebabkan ramai pelanggan unlimited ini gagal menggunakan sepenuhnya akaun tersebut. Natijahnya, anda membayar premium yang tidak sepatutnya anda BAYAR dan anda sebenar lebih RUGI berbanding keperluan sebenar hosting anda.

ENAM – Fakta yang tipikal bagi kebanyakan PENGEHOS UNLIMITED ini ialah KEBANYAKAN mereka tidak mempunyai “Customer Support” atau Khidmat Pelanggan yang baik. Anda akan berkesudahan membenci pengehos anda dan tiada jalan penyelesaian kepada masalah anda. Inilah yang menyebabkan kebanyakan pelanggan bertukar kepada pengehos baru saban tahun.

TUJUH - Kebanyakan pelanggan akaun unlimited ini akan mendapati server mereka sering terganggu (DOWN) -tidak berfungsi atau dengan kata lain kadar peratus downtime server tersebut adalah tinggi. Pengehos yang baik biasanya mempunyai kadar server down kurang daripada 1% di mana Pengehos yang terbaik biasanya mencapai kadar “Up-time” (server berfungsi dengan baik) adalah antara 99.5% – 99.9%. Anda boleh merujuk kepada laman-laman web yang mereview servis hosting seperti web-hosting-review ini untuk informasi dengan lebih lanjut.

LAPAN – Seperti yang saya katakan sebelum ini, kadang-kadang untuk mendapatkan pakej hostig tanpa had, anda dipaksa untuk menerima pra-syarat hosting. Antara pra-syarat yang jelas kebanyakannya menetapkan supaya anda berlanggan dengan mereka sehingga 4 atau 5 tahun. Ini sudah tentu amat membebankan dari segi kos yang anda sendiri belum tentu lagi akan sukses dalam projek /bisnes yang anda ceburi. Anda juga masih tidak mengetahui kualiti sebenar syarikat pengehos tersebut dan memaksa anda berlanggan dengan mereka sehingga 3 – 5 tahun itu menjamin pendapatan bagi mereka tetapi tidak bagi pihak anda. Se elok-eloknya kita mulakan dengan pakej 1 tahun dahulu untuk mengenalpasti prospek bisnes kita dan kualiti servis mereka.

SEMBILAN – Akhir sekali, memilih hosting sebegini sebenarnya adalah melibatkan pengalaman dari segi teknikal seperti memahami sistem operasi Linux dan server, memahami konsep shared-hosting (pengagihan trafik, ruang simpanan dsb) dan akaun setting. Jika anda tidak berapa mahir dengan sistem operasi komputer anda dan komputer itu sendiri secara teknikal, anda disarankan untuk melupakan saja pakej “unlimited hosting” ini. Tepuk dada tanya selera! Kalau anda bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi, saya tidak menghalangnya. Artikel ini hanya pandangan peribadi saya. Semoga anda mendapat kefahaman yang betul.

Filed Under: Pelbagai

2 comments on “9 Sebab Untuk Tidak Pilih “Unlimited Hosting”

  1. Hariri on said:

    Saya baru je bercdang nak ambil pakej unlimited terbaru yg ditawarkan oleh exabytes.

    http://www.exabytes.com.my/web-hosting/small-business-hosting/

    Nak tanya, adakah kemungkinan saya akan hadapi masalah seperti yg tuan nyatakan jika saya signup pakej unlimited exabytes ini?

    Trima kasih atas perkongsian tersebut

  2. tokjogho on said:

    salam, sebenarnya bukan tak ada hosting provider yang bagi pakej unlimited macam ni…tapi kekadang, mereka terlalu oversell, letakkan ramai pelanggan pada satu server yg akhirnya menyebabkan server tu choke. Kalau hosting yang tersohor tu, biasanya dia orang maintain kualiti mereka dan masih lagi offer pakej sedemikian.

    Blog ni pun saya hos dgn hosting kat US dgn pakej unlimited. Harga pun amat MURAH sekali dlm USD70 utk 3 tahun hosting. Alhamdulillah, semuanya bejalan baik dan servis pun amat pantas sekali. Sangat friendly servis, emel biasanya dijawab dlm masa kurang drp 30 min. Selamat mencuba hosting baru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTU1LTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6155-150x150.jpg
File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTUyLTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6152-150x150.jpg

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Kelawar Dan Bagaimana Cara Mengawalnya

May 23rd, 2013

Jika kita tinggal di kawasan kampung atau di kawasan yang berbukit dan berhutan, ada kemungkinan rum[...]


No thumbnail available

Panduan Solat Istikharah

May 19th, 2013

SOLAT ISTIKHARAH Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang[...]


Puasa Bagi Pesakit Diabetes

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

May 14th, 2013

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah [...]


Kisah Janda Yang Dahaga

Kisah Janda Yang Dahaga

May 10th, 2013

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….[...]


7 Kebaikan Tidur Awal

7 Kebaikan Tidur Awal

May 10th, 2013

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bang[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Kisah Motivasi Tokoh Tersohor – Steve Jobs

Tahun 1976, bersama rakannya Steve Wozniak, Jobs yang baru berusia 21 tahun mulai mendirikan Apple Computer Co.  di garaj kereta milik keluarganya. Dengan susah payah...

Close
19 queries in 1.021 seconds.