Dosa Kecil Menjadi Dosa Besar

Sudah menjadi lumrah manusia di dunia ini tidak boleh terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan. Namun, seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas pula di atasnya. Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang! Begitulah analogi bagaimana sesuatu dosa kecil boleh menjadi dosa besar.

Dosa kecil itu dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu:
1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.

Kerana itu ada yang menyatakan: “Bukan dosa kecil lagi jika dikekalkan mengerjakannya dan bukan dosa besar jagi jika dimohonkan
keampunannya.”

Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu,lama kelamaan tentulah berbekas pula. Tetapi tidak akan berbekas jika batu
itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!

Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya,sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.

Dosa itu jika oleh yang melakukannya dianggap besar, maka di sisi Allah dianggap kecil, dan jika oleh yang mengerjakannya dipandang kecil maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukanya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini disebabkan misalnya kerana hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.
Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat cenderung melakukannya. Kecenderungan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa, mempunyai kesan negatif. Orang menjadi tidak takut berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.
3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.

Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia akan berbekas sangat mendalam dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa, satu hal yang sangat buruk.
4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman dari balasan Allah.

Sebetulnya perbuatan apa pun besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah.Allah amat sangat teliti mengawasi segala
sesuatu. Hanya orang yang bodoh/sesat yang merasa dirinya aman dari pengawasan Allah. Kalaupun (nampaknya)aman dari balasan
Allah, barangkali kerana Allah memeng menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaaNya, agar dengan demikian makin banyak lagi dosa
yang dikerjakanya. Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan makin berani melakukanya.

5. Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.

Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukanya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri, sebab hanya dia sendiri yang mengetahui. Tetapi tutup yang diberikan oleh Allah itu justeru malah dibuangnya jauh-jauh oleh dengan perbuatannya memberitahukan dosanya itu kepada orang lain yang asalnya tidak tahu. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang lain?
Jadi pelanggarannya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggarannya yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan begitu, satu macam kemaksiatan tersebut mengandungi dua macam pelanggaran sekali gus. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.
6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.
Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya. Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya. Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar. Dalam sebuah hadis disebutkan:

“Siapa menciptakan sunnah yang buruk,dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukanya
tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun”

Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya, apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*