UFO – Adakah Ia Benar Wujud Atau Hanya Mitos

‘UFO’ adalah satu istilah yang sudah sinonim dengan kapal angkasa makhluk asing. Tetapi secara ilmiahnya ia bermaksud apa-apa sahaja fenomena di angkasa yang penyebabnya tidak boleh dijelaskan secara mudah dan cepat. Kejadian pertamanya telah direkodkan sejak perang dunia pertama lagi sehinggalah sekarang dan fenomena ini berlaku di serata dunia. Rekod dari kejadian-kejadian ini mendapati hanya 5-20% sahaja adalah memang ‘satu fenomena yang tidak dapat dikenal-pasti’ manakala majoritinya adalah objek-objek biasa seperti kapal terbang, belon dan objek-objek angkasawan.

Adakah dunia ini hanya milik kita? Sekiranya difikirkan tentang penemuan UFO seperti yang didakwa, sudah tentu dunia ini bukan milik kita sahaja. Ini terbukti dengan beberapa penemuan UFO (Unidentified Flying Object) yang menggemparkan ramai penduduk dunia. Ramai yang menyedarinya dan juga ramai yang ingin mengetahui apakah yang sebenarnya yang sedang dilakukan oleh objek yang tidak dikenali ini. Namun ada sesetengah pihak merahsiakan perkara ini dengan pembohongan yang nyata.

Beberapa kejadian dan bukti-bukti kewujudannya telah dikemukan kepada pihak saintis dan pengkaji UFO serata dunia tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pihakpun yang berani ataupun dengan tegas dan yakin menyatakan kebenaran kewujudannya ataupun kepalsuan kewujudannya. Maka fenomena UFO ini sehingga sekarang masih sebagai satu misteri.

Pengkaji-pengkaji telah merumuskan bahawa fenomena UFO ini bolehlah dikategorikan kepada beberapa hipotesis :
1. Kapal angkasa makluk asing yang dihantar ke bumi. ( Teori paling popular di kalangan
Ufologist )
2. Objek2 yang bergerak melintasi dimensi dan galaksi.
3. Kejadian paranormal.
4. Pengaruh budaya dan psikologi
5. Fenomena2 alam yang natural seperti bebola api.
6. Halusinasi hasil dari pergerakan kerak bumi.
7. Kajian2 ‘top secret’ pihak tentera.

Contohnya, kejadian UFO yang ditemui di Roswell. CIA telah memberitahu awam bahawa objek yang kelihatan diruang angkasa tempat itu adalah sebahagian daripada pesawat perisik yang baru dibangunkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Walaupun ada bukti yang kuat mengenai makhluk asing yang mendarat di Roswell, New Mexico, pada 1950-an lalu, mungkin yang anda lihat itu hanyalah bayangan sebuah pesawat tempur canggih Amerika Serikat yang sedang terbang tinggi.

Sebuah kajian yang dilakukan pengkaji AS, CIA, telah mengungkap misteri itu dengan menyebutkan bahawa apa yang berlaku di Roswell pada 1950-an dan 1960-an mengenai adanya UFO tersebut hanyalah bayangan pesawat-pesawat tempur Amerika canggih seperti jenis U-2A dan SR-71 Blackbird.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*