Kisah Bayi Aneh di Dunia

Umum mengetahui bahawa keadaan normal seseorang bayi yang lahir ke dunia biasanya mempunyai kadar berat antara 25.kg – 4.5kg dan memenuhi sifat-sifat seorang manusia. Waalu bagaimana pun ada juga kadangkala bayi yang dilahirkan tidak mempunyai cukup sifat, atau pun agak kecil sedikit, atau agak besar sedikit shinggakan ada juga dilahirkan kembar dari 2 sehingga 8 seperti yang berlaku baru-baru ini. Tidak kurang juga yang dilahirkan sebagai apa yang diistilahkan sebagai kembar siam, dengan bercantum dan berkongsi satu organ yang sama.

Tetapi apa yang nak saya paparkan di sini adalah apa yang boleh dikategorikan sebagai sebagai kelahiran aneh seseorang bayi. Dalam erti kata lain, kelahiran bentuk fizikal yang aneh sehinggakan di dalam bidang kedoktoran mereka ini digelar sebagai “monster baby” . Agak ngeri dan menakutkan. Namun, anggap saja ianya sebagai satu kuasa Allah yang sememangnya MAHA berkuasa dan MAHA segala-galanya di mana akal fikiran kita tidak mampu menjangkaunya.

Cuba lihat sendiri keadaan bayi yang dikatakan aneh ini:

1. Bayi Terbesar Di Dunia

Kenapa dia boleh disebut sebagai bayi terbesar di dunia?? Kerana melihat bentuk badan bayi ketika dilahirkan seberat 7.75 kg. Aduuhhh…teramat besarnya. Apa yang sebenarnya dimakan oleh ibunya sehinggakan berlaku kejadian sedemikian?? Menurut ibu kepada bayi yang lahir pada tahu 2007 itu, beliau hanya makan kentang, mie dan tomat saja. Maklum saja, ibu yang baru saja melahirkan anak ke-12 ini termasuk dalam golongan warga miskin. Bagaimanakah bentuk fizikalnya?? Cuba anda lihat sendiri..

bayi-terbesar-di-dunia-300x156

 

2. Bayi Dengan Kaki Yang Teramat Kecil

Kasihan ya?? Bagaimana cara nak berjalan kalau kakinya sekecil ini?? Bayi berkaki kecil ini lahir pada 24 Oktober 2006. Nama si bayi itu adalah Amillia Taylor . Dia juga termasuk salah satu bayi yang selamat dilahirkan walaupun pada usia kandungan belum belum pun mencecah 23 minggu iaitu secara tepatnya pada usia kandungan ibunya 21 minggu 6 hari dengan berat badannya hanya 10 aun saja iaitu lebih kurang 0.28kg. Jarang sekali, bayi se kecil ini selamat dengan usia sedemikian. Yang pastinya…ianya keAgungan Allah..

bayi-terkecil-di-dunia-300x237

 

3. Bayi Mirip Katak

Waaaah….ada juga bayi yang dilahirkan dikatakan semirip katak?? Agak aneh juga ya. Bagaimana bentuk matanya?? Lihat sendiri saja..

Benar sekali! Matanya begitu besar se akan-akan terkeluar dari kelopaknya dan lehernya se akan bersatu dengan kepalanya. Yaaa..agak mirip dengan seekor katak, bukan?? Bayi ini lahir dari kandungan seorang ibu bernama Suntali Karki yang bertempat tinggal di Charikot, pusat distrik Dolakha di Nepal. Bayi ini dilahirkan dengan berat 2 kg, namun sayangnya hidupnya begitu singkat. Karena beberapa hari setelah dilahirkan di rumah sakit Gaurishnkar di Charikot pada tahun 2006 itu, bayi tersebut meninggal dunia. Ada yang mengatakan pula kalau bayi tersebut mengalami kondisi yang disebut anencephaly , suatu kelainan saraf dengan susunan otak yang cacat.

bayi-mirip-katak-300x143

 

4. Bayi Cyclop

Apa yang dimaksudkan dengan bayi Cyclop ini?? Saya rasa rama orang sudah boleh menjangkakan. Bayi ini lahir hanya dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan dan tidak memiliki hidung, dan otaknya terletak pada satu belah saja. Bayi perempuan ini dilahirkan pada tahun 2006. Staf medikal mendiagnoskan bahwa kelahiran bayi ini disebabkan oleh kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia . Tapi sayang sekali, nasibnya sama seperti bayi yang terlahir mirip seperti katak itu.

bayi cyclop

5. Bayi 20 Kilogram

Alaaaamak…!!! Betulke ada bayi seberat itu? Kesihan dia, bagaimana ye?

Oooo…awal ceritanya bayi ini sebenarnya adalah normal dan tidak sebesar itu. Menurut ibubapanya, bayi mereka lahir dengan berat yang normal yaitu 3.6 kilogram, tapi setelah itu mereka memberitahu bahawa anak mereka ini tidak pernah berhenti makan setiap jam. Doktor-doktor Iran masih belum menemukan jawaban atas kenehan nafsu makan bayi ini.

bayi-gedheee

Wallahu A’lam. Semoga cerita dan berita sebegini memberi iktibar kepada kita selaku hamba Yang Maha Kuasa.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Kisah Bayi Aneh di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*