Selamat Datang Kembali 2011!

Salam kepada semua pengunjung!!!


Selamat Tahun Baru 2011!! Walau pun agak lewat diucapkan, namun saya harap ianya masih tidak terlewat. Alhamdulillah, keadaan hosting untuk laman web ini semakin stabil, tiada down dalam tempoh hampir 3 bulan sejak Oktober 2010.

Saya amat berkeyakinan untuk meneruskan usaha menghasilkan dan memasukkan artikel-artikel menarik untuk sepanjang tahun 2011 ini. Di samping itu juga, saya akan menyediakan beberapa ciri istimewa kepada ahli atau member yang berdaftar dengan PanduanPercuma.info ini terutama pada bahagian Download. Mungkin forum juga akan diwujudkan tidak lama lagi dan saya mengharapkan kesetiaan masih lagi bertatah di hati setiap pengunjung yang melewati laman ini.

Terima kasih kerana mengunjungi PanduanPercuma.info – Diharap dengan kesetiaan anda, laman ini akan berkembang menjadi laman panduan dan info yang terulung di Malaysia – Amin.

Untuk Pengunjung Sekalian:

Sila ajukan komen anda di sini, jika anda inginkan apa2 artikel yang sesuai untuk dimasukkan dalam entri laman ini.

Kami berharap momentum yang ada sebelum ini akan menjengah kembali pada laman PanduanPercuma.info…InsyaAllah.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*