Soalan Lazim Tentang Kad Kredit (FAQ)

kad kredit
kad kredit 150x150 Soalan Lazim Tentang Kad Kredit (FAQ)
kad kredit
Memiliki kad kredit sebenarnya merupakan satu kelebihan kepada anda jika anda mahir mengurusnya. Amat berguna untuk membeli terutama membeli tiket kapalterbang, check-in di sesebuah hotel, membuat pembayaran online dan lain-lain.

Secara peribadi, setelah menggunakan kad kredit hampir 12 tahun, saya berpendapat kad kredit ini boleh dikatakan perlu untuk dunia sekarang, apatah lagi dengan pelbagai kes ragut, kes samun, dsb, kerana kita tidak perlu membawa wang yang banyak (kecuali kalau nak kahwin) untuk ke sesuatu tempat hatta ke luar negara sekali pun. Membeli dengan berhemat dan berhati-hati, berwaspada dengan pelbagai tawaran yang dilemparkan ke arah kita merupakan kriteria penting apabila mempunyai kad kredit.

Jika anda seseorang yang ingin memiliki kad kredit atau baru ingin berjinak-jinak dengan kad kredit, berikut adalah fakta-fakta yang patut anda ketahui sebelum terjerumus ke dalam industri penggunaan kad kredit secara total. Soalan-soalan lazim ini amat berguna jika anda tiada pengetahuan, atau kurang kefahaman kepada isu kad kredit ini.

Soalan Lazim Tentang Kad Kredit (FAQ)

Apakah jenis-jenis kad kredit yang ada?

Pada amnya, terdapat tiga jenis kad kredit, iaitu Klasik, Emas dan Platinum. Kad-kad kredit tersebut dikeluarkan berdasarkan tahap pendapatan seseorang dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kad kredit.

Apakah kad kredit dwijenama?

Kad kredit dwijenama ialah kad yang dikeluarkan secara bersama oleh pengeluar kad kredit dan saudagar di bawah satu jenama yang terkenal. Peniaga tersebut biasanya menawarkan manfaat tambahan lain kepada pemegang kad, seperti diskaun ke atas barangan tertentu dan mata ganjaran untuk setiap pembelian. Contoh kad kredit dwijenama termasuk Maybank-Sogo Visa, RHB Bank-TESCO Visa, PETRONAS – CIMB Bank.

Apakah jenis-jenis kad pembayaran lain yang terdapat di Malaysia?

Selain kad kredit, kad-kad pembayaran lain yang terdapat di Malaysia adalah seperti kad debit, kad caj dan kad simpanan nilai.

Kad debit adalah sejenis kad pembayaran di mana baki di dalam akaun

kad debit 150x150 Soalan Lazim Tentang Kad Kredit (FAQ)
kad-debit
tabungan atau semasa anda akan dikurangkan dengan serta-merta mengikut jumlah urus niaga yang dibuat. Terdapat beberapa jenis kad debit di Malaysia. Contohnya Bankcard yang merupakan kad ATM keluaran bank perdagangan tempatan dan Maybank Kawanku e-POS. Terdapat juga kad debit antarabangsa seperti VISA Electron dan MasterCard Electronic yang boleh digunakan di kedai saudagar yang mempamerkan logo yang berkaitan.

Kegunaan kad caj adalah sama dengan kad kredit, kecuali anda harus menjelaskan keseluruhan baki belum jelas yang tercatat dalam penyata bulanan anda sebelum tarikh tamat tempoh. American Express dan Diners adalah dua daripada jenama kad caj yang terkemuka di Malaysia.

Kad simpanan nilai ialah sejenis kad bayar dahulu. Kad tersebut telah dimuatkan dengan nilai kewangan terlebih dahulu oleh pengeluar kad. Sesetengah skim kad simpanan nilai mungkin membenarkan pemegang kad untuk memuatkan semula nilai kewangan ke dalam kadnya. Apabila pembelian dibuat, nilai tersebut akan ditolak secara automatik daripada amaun yang tersimpan di dalam kad tersebut.

Adakah sesiapa sahaja boleh memohon kad tambahan?

Pemegang kad utama boleh mencadangkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemegang kad tambahannya, bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh pengeluar kad kredit.

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembelian yang dibuat melalui kad tambahan?

Pemegang kad utama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskan pembelian yang dibuat oleh pemegang kad tambahan selain daripada pembelian melalui kad kredit yang dibuat oleh dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, anda perlu memeriksa syarat-syarat yang dikenakan sama ada pemegang kad tambahan turut bertanggungjawab ke atas hutang-hutang kad kredit oleh pemegang kad utama.

Apakah yang dimaksudkan dengan had kredit?

Had kredit adalah jumlah kredit maksimum yang diberikan kepada anda oleh pengeluar kad kredit. Had tersebut ditentukan berdasarkan penilaian terhadap maklumat yang terkandung di dalam borang permohonan. Had kredit mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada pola perbelanjaan dan kemampuan anda untuk membayar balik. Anda harus mempunyai had kredit yang berpadanan dengan kemampuan anda membayar balik untuk memastikan anda tidak terlalu boros berbelanja tanpa sebab dan untuk mengurangkan liabiliti anda sekiranya berlaku penipuan (fraud).

Bagaimanakah untuk saya memperoleh pendahuluan wang tunai dengan menggunakan kad kredit?

Anda boleh memperoleh pendahuluan wang tunai di kaunter pengeluar kad kredit yang terbabit atau melalui mesin-mesin ATM yang mempamerkan logo jenama kad kredit anda. Anda juga perlu mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Kenapakah pedagang-pedagang perniagaan perlu mendapatkan keizinan pengeluar kad kredit sebelum kad kredit saya diterima?

Pedagang-pedagang  perniagaan perlu mendapatkan keizinan daripada pengeluar kad kredit anda untuk memastikan jumlah belian tidak melebihi had kredit anda. Urus niaga anda akan ditolak atas sebab-sebab tertentu seperti melebihi had kredit yang dibenarkan. Anda mungkin ingin menghubungi pengeluar kad kredit jika hal ini terjadi kepada anda.

Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil ketika membuat pembelian?

Jangan sesekali membiarkan kad kredit anda terlepas daripada pandangan anda. Ketika membuat pembayaran di kedai peniaga, hotel atau restoran, pastikan kad kredit anda digunakan (‘swipe’) di hadapan anda. Maklumat pada kad kredit anda boleh disalin oleh orang lain dengan menggunakan alat tertentu.

Perlukah saya membayar kos tambahan kepada saudagar jika saya menggunakan kad kredit untuk membuat pembelian?

Tiada kos tambahan dikenakan jika membeli dengan kad kredit. Sekiranya anda dikenakan caj tambahan oleh pedagang perniagaan, sila hubungi pengeluar kad kredit anda untuk mendapatkan penjelasan.

Adakah terdapat perbezaan dari segi proses mendapatkan kebenaran, yuran dan caj yang dikenakan apabila saya membuat pembelian menggunakan kad kredit di dalam atau di luar negara? Bagaimanakah kadar pertukaran mata wang ditentukan?

Proses mendapatkan keizinan, yuran dan caj yang dikenakan adalah sama di mana sahaja pembelian dibuat dengan menggunakan kad kredit tanpa mengira di mana anda berada. Walau bagaimanapun, bagi pembelian yang dibuat di luar negara, jumlah transaksi adalah tertakluk kepada kadar pertukaran mata wang yang ditentukan oleh skim pembayaran kad kredit berkenaan seperti Visa dan MasterCard. Pertukaran mata wang dilakukan secara automatik apabila urus niaga dilakukan. Kadar pertukaran mata wang biasanya ditentukan berasaskan titik pertengahan di antara kadar jualan dan belian pertukaran mata wang asing semasa berbanding Ringgit.

Apakah perlu saya buat jika nombor PIN saya sudah diketahui oleh orang lain?

Jika anda percaya nombor PIN anda telah dikompromi, anda hendaklah merujuk kepada pengeluar kad kredit anda.

Perlukah saya menyemak penyata kad kredit saya?

Ya. Jadikan satu amalan biasa untuk sentiasa menyemak penyata kad kredit anda bagi mengesan sebarang percanggahan atau urus niaga tanpa kebenaran. Meluangkan masa beberapa minit untuk meneliti maklumat-maklumat di dalam penyata bulanan kad kredit anda adalah sangat penting dan merupakan cara yang berkesan untuk mengesan penggunaan kad kredit anda tanpa kebenaran

Adakah saya bertanggungjawab ke atas urus niaga tanpa kebenaran selepas kad kredit saya didapati hilang ataupun dicuri?

Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya untuk mengelakkan kehilangan kad kredit anda. Dengan berbuat demikian, anda tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang urus niaga yang berlaku setelah anda melaporkan kehilangan kad kredit anda kepada pengeluar kad kredit, sama ada secara lisan atau bertulis. Walau bagaimanapun, bagi laporan lisan, sesetengah pengeluar kad kredit mungkin menghendaki anda mengemukakan pengesahan bertulis dan laporan polis kepada mereka. Sebaliknya, jika berlaku sesuatu urus niaga tanpa kebenaran dengan menggunakan kad kredit anda sebelum laporan dibuat, anda mungkin bertanggungjawab sehingga jumlah tertentu, bergantung kepada syarat-syarat pengeluar kad kredit.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kesilapan pada penyata kad kredit saya?

Anda hendaklah memberitahu pengeluar kad kredit anda secepat mungkin jika terdapat sebarang kesilapan pada penyata bulanan kad kredit anda atau kemungkinan berlakunya urus niaga tanpa kebenaran yang melibatkan kad atau nombor PIN anda secara lisan dan kemudian melaporkannya secara bertulis.
Bagi pengeluar kad kredit dari kalangan institusi perbankan, maklumat mengenai pegawai yang boleh anda hubungi atau alamat e-mel boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia iaitu http://www.bnm.gov.my.

Di samping itu, bagi urus niaga tanpa kebenaran, jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas institusi perbankan tersebut, bolehlah anda merujuk kepada Biro Pengantaraan Perbankan:

Biro Pengantaraan Kewangan
Tingkat 25
Dataran Kewangan Darul Takaful
4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.

Related posts

One Comment;

*

*


6 + = seven

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
resume terbaik
Tips Buat Resume Yang Baik
Tips Buat Resume Yang Baik

Resume atau sejarah ringkas tentang biografi diri, keterampilan peribadi serta pengalaman pekerjaan seorang yang melamar sesuatu pekerjaan mam pu menjadi faktor pemilihan awal sebelum anda...

Close