Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg I

Khalil Gibran Quotes
kalil gibran 150x150 Mutiara Kata Khalil Gibran   Bhg I
khalil-gibran
Siapakah Khalil Gibran? Mungkin ramai yang tidak kenalinya. Namanya tidak sepopular Ibnu Khaldun, tapi hakikatnya ialah dia merupakan seorang seniman, penyair dan penulis. Berketurunan Lebanon-Amerika, Khalil Gibran (6 Januari 1883 – 10 April 1931) dilahirkan di Bsharri, Lubnan iaitu sebuah daerah yang kerap dilanda rebut petir, gempa serta fenomena alam yang lain. Dek terbiasa dengan fenomena-fenomena tersebut, karya-karya Khalil banyak berkisar tentang kejadian tersebut.  Antara karya-karya beliau yang popular adalah:

Karya-karya Khalil:

  • AL-MUSIQA, 1905
  • ARA’IS AL MURUDJ, 1906 – Nymphs of the Valley
  • STONEFOLDS, 1907
  • ON THE TRESHOLD, 1907
  • AL-ARWAH AL-MUTAMARRIDA, 1908 – Spirits Rebellious – Kapinalliset henget
  • DAILY BREAD, 1910
  • FIRES, 1912
  • AL-AGNIHA AL-MUTAKASSIRA, 1912 – The Broken Wings – Särkyneet siivet
  • DAM’AH WA-IBTISAMAH, 1914 – A Tear and a Smile
  • THE MADMAN, 1918 – Jumalan tuli
  • TWENTY DRAWINGS, 1919
  • AL-MAWAKIB, 1919 – The Procession
  • AL-’AWASIF, 1920
  • THE FORERUNNER, 1920 – Edelläkävijä
  • THE PROPHET, 1923 – Profeetta
  • AL-BADA’I’ WA-AL-TARA’IF, 1923
  • SAND AND FOAM, 1926 – Merta ja hiekka
  • JESUS, THE SON OF MAN, 1928 – Jeesus, ihmisen poika, suom. Helmi Krohn
  • THE EARTH GODS, 1931 – Maan jumalat
  • THE WANDERER, 1932 – Vaeltaja
  • GARDEN OF THE PROPHET, 1933 – Profeetan puutarha
  • PROSE POEMS, 1934 – Temppelin portilla
  • TEARS AND LAUGHTER, 1946
  • THE SECRETS OF THE HEART, 1947
  • SPIRIT REBELLIOUS, 1948
  • NYMPHS OF THE VALLEY, 1948
  • A TREASURY OF KAHLIL GIBRAN, 1951
  • THE BROKEN WINGS, 1957
  • THE PROCESSION, 1958
  • A SELF PORTRAIT, 1959
  • THOUGHTS AND MEDITATIONS, 1960
  • A SECOND TREASURY OF KAHLIL GIBRAN, 1962
  • SPIRITUAL SAYINGS, 1962
  • THE VOICE OF THE MASTER, 1963 – Mestarin ääni
  • MIRRORS OF THE SOUL, 1965

  • THE WISDON OF GIBRAN, 1966
  • SPIRITUAL SAYINGS, 1970
  • PROPHESIES OF LOVE, 1971
  • BELOVED PROPHET, 1972
  • LAZARUS AND HIS BELOVED, 1973
  • THE DEATH OF THE PROPHET, 1979 (as remembered by Almitra, channeled through Jason M. Leen)
  • DRAMAS OF LIFE, 1982
  • BLUE FLAME, 1983
  • KAHLIL GIBRAN: PAINTINGS AND DRAWINGS 1905-1930, 1989

Jika anda ingin membaca lebih lanjut tentang Khalil Gibran, anda boleh lawati WIKI KHALIL GIBRAN. Pada bahagian I ini, saya hanya akan menulis tentang sebahagian Mutiara Kata terpilih yang diluahkan oleh Khalil. Berikut adalah antara mutiara kata Khalil tentang:

PERPISAHAN
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan – seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.

KATA TERINDAH
Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata ‘Ibu’, dan panggilan paling indah adalah ‘Ibuku’. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.

SAHABAT SEJATI
Tidak ada sahabat sejati yang ada hanya kepentingan.

PERSAHABATAN
Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang.

SULUH HIDUP
Tuhan telah memasang suluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan keindahan; berdosalah mereka yang mematikan suluh itu dan menguburkannya ke dalam abu.

PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.

Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.

Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.

Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

SUARA KEHIDUPANKU
Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

KEINDAHAN KEHIDUPAN
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian  adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.

RUMAH
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar.

PUISI
Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.

NILAI
Nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.

PENDERITAAN
Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah.

Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan.

Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri – ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

SIKAP MANUSIA
Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.


Jangan lupa untuk membaca entri ke-2 sambungan kepada senarai Mutiara Kata Khalil ini. Diharap anda boleh mendapat ilham dan inspirasi daripada Mutiara kata di atas.

Related posts

Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

*

*


two × 4 =

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Surah Al-Mulk dibaca Oleh Syeikh Mishary Rashid Alafasy

Salam Ramadhan untuk semua, Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin kongsikan bacaaan Al-Quran oleh Syeikh Mishary Rashid Alafasy. InsyaAllah bacaannya amat merdu dan menyentuh...

Close