Kad Kredit – Stres Kewangan Anda

kadkredit-offMenjadi perkara biasa bagi kebanyakan individu untuk memiliki sehingga lima atau enam keping kad kredit. Ia bagaikan satu keperluan dan kemudahan untuk dibawa ke mana-mana. Namun sedarkah anda bahawa untuk menguruskan kad kredit pelbagai jenama amat rumit dan memerlukan pengorbanan anda dari segi masa, pengagihan jumlah pembayaran dan lain-lain lagi.

Saya sendiri pada satu ketika mempunyai 7 kad kredit pelbagai jenama, namun setelah saya dapati agak sukar untuk mengurus ke semuanya, saya akhirnya membatalkan kad-kad tersebut dan berurusan dengan hanya 3 kad utama mengikut keperluan tertentu sahaja. Ini kerana semasa saya mempunyai HANYA 2 kad, saya dapati agak senang untuk mengurusnya, terutama dari segi penggunaan dan pembayarannya di mana anda perlu tahu tarikh bayaran perlu dilakukan (due date). Jika anda mempunyai terlalu banyak kad kredit, ianya menjadi sedikit masaalah (hassle), kerana anda perlu ke setiap bank untuk membayarnya sedangkan anda cuma ada 2 atau 3 akaun bank sahaja di mana anda dengan senang membayarnya secara perbankan online.

pile_of_credit_cards

Mengikut statistik, sehingga Disember 2008, dilaporkan terdapat 4.2 juta pemegang kad kredit di negara ini.

Dalam pada memilikinya memudahkan urusan pembelian, namun wang plastik ini juga boleh menimbulkan kemudaratan kewangan dan gangguan emosi jika ia diguna tanpa kawalan.

Bagaimanakah ia boleh menimbulkan stres kewangan?

Untuk menjawab persoalan itu, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menggariskan beberapa faktor sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai kewangan peribadi.

Faktor-faktor itu ialah:

1. PEMBELIAN TANPA DIRANCANG

Kad kredit sememangnya memudahkan pembelian barangan yang anda gemari.

Bagaimanapun, jika kemudahan itu tidak digunakan dengan bijak dan berhemat, ia akan menjeratkan diri anda ke lembah hutang-piutang kad kredit.

Lazimnya bila memiliki kad kredit, ia memberi bayangan kepada kita bahawa masih terdapat banyak wang di dalamnya. Had kredit ini biasanya disalahtafsirkan sebagai satu indikator terhadap apa yang kita ada, dan apabila ia berlaku, ia boleh mendorong perbelanjaan di luar kawalan. Inilah bayangan kewangan yang berbahaya.

2. MEMBAYAR CAJ FAEDAH YANG TINGGI

Apabila menggunakan kad kredit, kita juga perlu membayar caj faedahnya yang tinggi, biasanya kira-kira 18 peratus setahun – lebih tinggi berbanding faedah pinjaman dalam pasaran.

Biarpun begitu, masih ramai antara kita yang menggunakannya dan dengan penuh setia membayar kadar minimum setiap bulan. Kebanyakan daripada kita tidak sedar berapa banyak yang kita akhirnya terpaksa membayar dalam jangka panjang.

Katakan, kita telah berbelanja tanpa dirancang menggunakan kad kredit sebanyak RM1,000 semasa jualan murah. Jika kita bayar kadar minimum setiap bulan, kita perlu selama 6 1/2 tahun untuk menjelaskan hutang itu dan pada akhirnya, jumlah yang kita sebenar telah membayar ialah RM1,650!. Cuba bayangkan apa yang boleh kita buat dengan wang lebihan itu.

3. PENIPUAN KAD KREDIT

Kemudahan kad kredit juga mendedahkan kita kepada sasaran penipuan. Antara petua untuk mengelak daripada terperangkap dalam penipuan kad kredit ialah: sentiasa menandatangani kad kredit sebaik sahaja anda menerimanya; jangan sekali-kali memberikan nombor kad kredit anda menerusi telefon; sentiasa mengawasi pemegang wang (cashier) apabila ia mengebas kad anda untuk pembelian anda kerana ia dengan mudah boleh mengebasnya dua kali untuk ‘pembelian lain’.

MENGURUS HUTANG KAD KREDIT

Dalam pada kad kredit boleh meningkatkan kuasa membeli para pengguna, ia juga mengheret anda untuk berhutang.

Bank Negara melaporkan bahawa sehingga Disember tahun lepas, jumlah baki hutang yang masih belum dilunaskan oleh pemegang kad kredit adalah sebanyak RM12.2 bilion!.

Justeru, elakkan diri daripada terjerumus dalam perangkap hutang kad kredit dengan mengikuti beberapa panduan bijak yang ditawarkan oleh ACCA. Panduan-panduan itu ialah:

1. BAYAR HUTANG TEPAT PADA MASANYA

Berwaspada dengan hutang kad kredit. Bayar semua bil tepat pada masanya. Buatlah pembayaran melebihi daripada bayaran minimum.

2. BACA DAN TELITI SEGALA MAKLUMAT

Perhatikan segala pembayaran untuk barangan yang tercatat pada bil kad kredit. Jika anda mencurigai sesuatu, hubungi segera syarikat kad kredit itu. Kebanyakan daripada kita biasanya tidak mengendahkan butiran yang tercatat pada bil.

3. AMALKAN HAK ANDA

Jika anda dikenakan bayaran caj kerana lewat membayar, hubungi pengeluar kad dan cuba buat bantahan. Kebanyakan bank bersedia untuk membatalkannya demi menjaga pelanggan yang mengekalkan rekod pembayaran dengan baik.

4. HENTIKAN PEMBELIAN TANPA DIRANCANG

Jadilah pembeli yang berhemah dan berhemat. Senaraikan barangan yang hendak dibeli dan elak pembelian tidak dirancang. Juga jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan wang kerana kadar faedahnya agak tinggi.

5. BIJAK MEMILIH KAD YANG INGIN DIBAWA KE LUAR NEGERI

Semak dahulu kad kredit mana yang menawarkan bayaran yuran yang rendah untuk transaksi di luar negeri dan bawa kad tambahan untuk digunakan jika kad yang satu lagi tidak boleh digunakan.

Pendek kata, gunakan kad kredit hanya apabila ia benar-benar diperlukan kerana penggunaan dengan sewenang-wenangnya boleh membawa padah.

Filed Under: PelbagaiPetua/Tips

Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTUyLTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6152-150x150.jpg

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Panduan Solat Istikharah

May 19th, 2013

SOLAT ISTIKHARAH Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang[...]


Puasa Bagi Pesakit Diabetes

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

May 14th, 2013

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah [...]


Kisah Janda Yang Dahaga

Kisah Janda Yang Dahaga

May 10th, 2013

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….[...]


7 Kebaikan Tidur Awal

7 Kebaikan Tidur Awal

May 10th, 2013

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bang[...]


Luasnya Neraka Allah

Luasnya Neraka Allah

May 10th, 2013

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapa kami, isteri k[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Fakta Tentang Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti...

Close
21 queries in 2.328 seconds.