Kenapa Orang Jepun Tidak Gemuk?

japan1Mungkin apa yang saya nak perkatakan di sini agak menarik dan mungkin mendapat pandangan berbeza daripada sesetengah pembaca ruangan ini. Tetapi saya rasa setelah melawat Jepun hampir 2 minggu, saya dapati sepanjang perjalanan saya hampir serata Tokyo dan bandar-bandar terdekat, saya memang hairan kerana saya amat jarang ternampak orang-orang Jepun yang boleh dikategorikan obese atau gemuk. Kebanyakannya mempunyai bentuk badan yang slim and trim, tidak kira kaum lelaki mahu pun wanita Jepun. Hairan bin ajaib.

Saya menggeleng kepala kerana saya juga pernah berada di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Australia, dan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa peratusan mereka yang gemuk yang saya temui di sana adalah lebih tinggi berbanding di Jepun.  Begitu juga di Malaysia. Saya lebih banyak menjumpai orang Malaysia di negara ini yang gemuk-gemuk termasuklah kanak-kanak, kaum ibu – lebih-lebih lagi yang sudah agak berumur dan begitu juga kaum lelaki.  Secara umum, saya boleh katakan bahawa kebanyakan orang Jepun tidak gemuk. Kenapa saya kata begitu?

Saya berani berkata sedemikian kerana sepanjang saya berada di Jepun selama hampir 2 minggu bersama keluarga, berat badan saya menurun sebanyak hampir 5 kg. Begitu juga dengan berat badan isteri yang menurun lebih banyak daripada saya. Apakah yang saya dan isteri buat di sana sehinggakan berlaku penurunan berat sedemikian walau pun dalam jangkamasa yang begitu singkat?

Secara fakta, memang telah diketahui umum bahawa Jepun merupakan sebuah negara yang dikategorikan sebagai negara yang berpenduduk TERSIHAT di dunia . Negara Jepun juga merupakan negara yang mempunyai kadar kegemukan TERENDAH di antara negara-negara maju dan kadar jangkahayat penduduk yang TERTINGGI di dunia. Tetapi apabila saya  secara peribadi dan lansung menyaksikan fenomena ini di sana,  fakta-fakta tersebut dirasakan lebih “shocking” atau menghairankan.

Walaupun dalam jangkamasa yang agak singkat untuk membentuk satu kesimpulan, namun pemerhatian-pemerhatian saya sepanjang 2 minggu di sana menjurus kepada sebab-sebab orang Jepun tidak gemuk (pandangan peribadi sahaja – saya bukannya pakar tetapi hanya ingin berkongsi idea sahaja) adalah berdasarkan fakta-fakta berikut:

Mereka makan banyak makanan laut dan sayur-sayuran

Walau pun tidak dinafikan yang orang Jepun juga memakan daging, tapi kebanyakan merekan memakan makanan laut seperti udang, ikan dan  sayur-sayuran serta nasi sebagai makan ruji yang membentuk diet mereka. Makanan ini dimakan pada kadar yang lebih banyak berbanding dengan daging yang dianggap sekadar sebagai makanan tambahan (sampingan) yang dimakan pada kuantiti yang sedikit sahaja dalam sajian mereka.

Mereka makan dalam kuantiti yang sedikit

Saya juga dapati, kebanyakan mereka makan dalam kuantiti yang agak seditkit berbanding kita di Malaysia. kalau kita lihat di USA, biasanya restoran-restoran fastfood mereka menghidangkan menu yang adakalanya berlebihan seperti COMBO, SUPERBIG, XXL Xtreme dan sebagainya, walhal di Jepun menunya lebih kepada kuantiti yang sedikit seperti semangkuk sup kecil berisi mi dan makanan laut atau pun kadangkala sedikit daging. Pemakanan yang sedemikian  mungkin telah membentuk sistem tubuh badan yang sihat.

Mereka berjalan dan berbasikal lebih daripada kita

Fakta ini saya mungkin memainkan peranan penting yang membentuk struktur badan mereka yang sihat dan tidak gemuk. Kalau anda lihat di Tokyo atau bandar-bandar utama di Jepun, kebanyakan warga mereka menggunakan perkhidmatan stesen keretapi bawah tanah (subway stations) dan bejalan—jalan dan jalan. Itu saja kebanyakan yang dilakukan oleh mereka. Sehinggakan anda akan dapati budak-budak / pelajar-pelajar sebahagian besar berjalan kaki ke sekolah berbanding dihantar dengan kereta ke sekolah oleh ibubapa mereka.

Persekitaran bandar juga dipenuhi dengan orang yang berbasikal. Basikal yang sememangnya direka khas untuk perjalanan dalam bandar dengan terdapatnya raga di belakang setiap basikal tersebut yang kadang-kadang dipenuhi dengan barangan dapur. Ramai… di merata-rata tempat…. ke sana dan ke sini anda akan melihat orang ramai berbasikal menuju ke destinasi masing-masing. Berbeza dengan kita di sini yang mana ke sana-ke sini berkereta. Menghantar anak ke sekolah, membeli barangan dapur seharian, ke pejabat dsb – semuanya berkereta. Apakah ini yang membezakan kehidupan sihat yang mereka perolehi? Saya berpendapat – YA (3x) bak kata Mat Saleh .. definitely YES!

Bagaimana saya dan isteri saya boleh hilang berat badan sehingga 5kg?

Berbalik kepada teori bagaimana berat kami boleh menjunam sebanyak 5kg walau pun dalam tempoh yang begitu singkat; saya rasa ianya mungkin tempias daripada cara kehidupan mereka. Berikut ialah faktor-faktor mengapa kami menjadi lebih slim:

1. Semasa berada di sana selama hampir 2 minggu, kami terpaksa mengalami corak pemakanan yang sama kerana sebagai contohnya kami banyak memakan makanan laut kerana yang pasti ianya HALAL dan senang di dapati. Kami juga mengamalkan cara pemakanan yang sedikit dan tidak sekerap sewaktu makan di Malaysia kerana kos kehidupan yang tinggi.

2. Kami berjalan. Berjalan dan berjalan berjam-jam setiap hari. Kami berjalan di sekitar bandar Tokyo hampir selama 2 minggu. Kami berjalan menuju ke stesen kereta api bawah tanah antara 15-20 minit setiap pagi. Dan kemudian menaiki dan menuruni tangga dalam kawasan stesen keretapi (kadang-kadang bertukar keretapi), sehinggakan kami berjalan dan berjalan berjam-jam menjelajahi tempat-tempat menarik di sekitar Tokyo. Kami akan mengulangi setiap perjalanan keretapi dan berjalan pulang ke hotel penginapan kami, keletihan. Boleh dikatakan kami berjalan hampir 10-12 jam sehari, mengulangi corak perjalanan syang hampir sama setiap hari, merentasi kawasan yang agak berbukit sedikit, meliputi kawasan taman untuk berehat. Kadang-kadang menaiki dan menuruni tangga, melawati kedai buku dsb.   Proses ini seolah-olah melatih kami bersenam setiap hari di mana kami tidak pernah dapat lakukan semasa di Malaysia. Sehingga ke penghujung 2 minggu berada di sana kami berjaya menurunkan berat badan walhal sebenarnya kami bukannya nak kuruskan badan. Sungguh Menakjubkan!! Pengembaraan ke Jepun selama 2 minggu yang sungguh menyeronokkan. Saya rasa jika anda ke sana dan mengamalkan apa yang kami buat, berkemungkinan anda juga akan menerima tempias “Kenapa Orang Jepun Tidak Gemuk?”

( *Perlu diingatkan, ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja )

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

4 thoughts on “Kenapa Orang Jepun Tidak Gemuk?

  • 09/11/2011 at 8:54 pm
    Permalink

    ha mmg betu sgt lah tu..sgt bersetuju..sy baru sampai d jepun dlm sebulan ni…dlm tiga hari saya tiba di jepun, saya tak jumpa org gemuk langsung, masuk minggu ke2 baru jumpa satu…tu jelah sorang…lelaki dan perempuan, muda baik tua..semuanya slim..tak pun sederhana..gemuk apatah lagi memboyot memang takde dan antara faktornya 1)pemakanan (jarang ambil daging), byk mkn sayur..masak pun simple je tak byk pakai minyak, santan. 2) byk berjalan. orang jepun jarang berkereta..naik basikal, jln kaki, naik trem atau keretapi..yelah public transport mereka mmg efisen. saya pun tak sabar nak timbang berat ni..harap2 dah kurus..

    Reply
    • 09/11/2011 at 10:08 pm
      Permalink

      tepat sekali. sapa2 yg ada pengalaman berada di Jepun, boleh tolong share pengalaman anda semua.

      Reply
    • 11/04/2011 at 11:39 am
      Permalink

      betul mimi, tapi apa yang menyebabkan mereka x makan daging sangat? mereka lebih kepada makanan seafood. Mungkin pendedahan awal tentang makanan telah diutamakan dalam kehidupan harian mereka.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*