PanduanPercuma.info Telah Bertukar Hosting

Salam kepada pengunjung semua!! Anda mungkin tidak dapat mengakses laman ini 2 hari yang lepas. Ya. Begitulah ceritanya…laman panduan ini

kvchosting - hosting murah dan terbaik di ustelah bertukar ke syarikat hosting yang baru. Setelah hampir 2 tahun hidup dengan hosting dulu (dengan pelbagai pengalaman pahit manis), saya telah mengambil keputusan untuk bertukar kepada hosting yang baru.

Setelah mengambil masa hampir 2 hari untuk membuat survey tentang hosting tempatan dan luar negara, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan hosting yang berpengkalan di US.

 

Sebenarnya, saya ada juga blog yang dihost di syarikat hosting di US sebelum ini, dan ada juga pelanggan saya yang memerlukan hosting luar negara, tetapi saya masih cuba untuk menggunakan khidmat hosting tempatan. Tetapi setelah menimbang pro dan kontranya, keputusan saya akhirnya berpihak kepada hosting syarikat ini “KVC Hosting”.

Setelah saya berlanggan dengan KVCHosting, saya amat terkejut keranaskrin “Welcome” untuk domain ini dipaparkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu seperti di bawah:

kvchosting selamat datang skrin

Pra-sangka kurang selesa saya terhadap hosting luar negara seolah-olah cair dek adanya bahasa Melayu terpapar didepan skrin komputer saya. Wah!! Ada juga hosting di US yang menyambut tetamunya dalam BM. Ini seolah-olah menggambarkan yang syarikat hosting ini meraikan kehadiran pelanggan pelbagai negara.

Pengalaman yang terbatas saya perolehi daripada KVCHosting ialah:

  1. Saya dapati Servernya lebih pantas
  2. Khidmat Sokongannya setakat ini amat cepat sekali. Biasanya soalan saya akan dijawab kurang drp 1/2 jam setelah dihantar mesej atau tiket.
  3. Sokongan Live Chatnya 24/7 amat responsif dan sentiasa ON. Saya tidak pernah menunggu panjang untuk chatting (biasanya amat “spontaneous”)
  4. Yang pasti harganya adalah MURAH – RM190 untuk 3 tahun hosting
  5. Lain-lain – masih dalam percubaan.

 

beli hosting dgn kvchosting
Dgn Kupon, harga hosting bertambah murah

Adakah anda rasa blog ini lebih responsif dan cepat berbanding dengan sebelumnya? Jika YA, sila tuliskan komen di bawah. Saya memerlukan pendapat anda…

Pelbagai khidmat hosting disediakan termasuk FREE Hosting (Hosting Percuma). Jika anda ingin mengetahui serba sedikit tentang hosting ini, anda boleh KLIK pada iklan hosting di sebelah kanan blog ini atau KLIK pada LINK INI – KVC Hosting.

Diharap masalah dan kekurangan yang terdapat sebelum ini telah selesai dan blog ini akan berfungsi sepenuhnya tanpa masalah BESAR (seperti down lebih drp 1 hari, dll). Selamat mengunjungi PanduanPercuma.info!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*