Sumbangan dan Idea Anda Amat DiAlu-alukan

Salam semua,

Sebagai pemilik blog, saya amat berharap ada 2-way-communication antara saya dan juga pengunjung semua. Oleh itu saya amat berharap laman PanduanPercuma.info ini menjadi salah satu laman panduan dan info Bahasa Melayu terulung di Malaysia, insyaAllah.

Menyedari hakikat yang saya kadang-kadang sibuk dan tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ini, saya amat berbesar hati jika ada di antara pengunjung setia yang mempunyai idea kreatif dan mampu menyumbang artikel menarik untuk tatapan semua pengunjung blog yang lain. Dengan ini saya menyeru kepada semua yang berbakat agar membantu saya menulis artikel-artikel yang sesuai untuk disajikan di laman ini. Anda juga digalakkan untuk berinteraksi dengan Fanpage PanduanPercuma di Facebook dan saya amat memerlukan sokongan anda semua.

Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati jika ada diantara pengunjung yang bermurah hati berkongsi idea/pengalaman dan artikel pada blog ini. Usah tunggu lagi! Sumbangkan idea dan cerita kreatif anda di blog ini. TERIMA KASIH SEMUA!!

Wassalam,

Tokjogho

Admin PanduanPercuma.info

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*