Hukum Rejam Sampai Mati di Somalia

Sebagai umat Islam, sudah tentu ramai yang tahu bahawa hukuman rejam sampai mati dikenakan kepada penzina yang telah berkahwin. Ramai yang katakan hukuman ini amat kejam. Namun hakikatnya Islam amat mendahului keadilan dalam setiap hukum yang ditetapkan oleh Allah. Keadilan ini sepatutnya diuruskan dengan sebenar-benarnya melalui saksi-saksi yang adil.

Namun di Somalia, hukuman rejam ini dibuat dengan begitu mudah sekali seolah-olah undang-undang itu terletak di tangan mereka.

Berikut gambar-gambar bagaimana hukuman rejam dijalankan di Somalia terhadap seorang pemuda. Apa kesalahan sebenarnya tidaklah diketahui dan bagaimana penghakiman telah dijalankan sebelum menjatuhkan hukuman terhadap pemuda tersebut juga tidak pula dinyatakan.

 

 

 

 

Dia diajar bertaubat dan ucap syahadah

Hukuman macam mana pun tak apa asalkan proses menentukan benar atau salah itu berjalan dengan teratur dan penuh keadilan. Tapi saya dengar di Somalia ada kumpulan yang menjalankan tangkapan sewenag-wenangnya dan terus mengadili dan menjatuhkan hukuman terutamanya terhadap golongan yang tidak menyokong mereka.

Mula-mula pesalah ditanam

 

Kemudian pesalah diajar mengucap syahadah

 

Pesalah mengucap syahadah

 

Pesalah direjam

 

Pesalah yang telah meninggal dikeluarkan

 

Mayat ditinggalkan setelah dikeluarkan

 

Sesungguhnya hukuman ini ada hikmah disebaliknya, namun jika ianya tidak dilakukan secara sistematik dan adil, ianya sudah tentu menjadi satu kepincangan dalam perundangan Islam. Jika kita masih ingat akan kisah di masa Nabi s.aw. dimana berdasarkan satu cerita menurut Hadith:

Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dan mengaku berzina. Rasulullah menyuruh wanita ini pergi dari satu. Wanita itu pergi dan datang kembali mengakui telah berzina. Rasulullah suruh dia pergi dari situ dan kembali selepas beberapa bulan (tak ingat, kalau tak silap 3 bulan).

Wanita itu datang lagi dan mengakui telah pun mengandungkan anak hasil zina itu. Maka kata Rasulullah, pergi dulu dan kembali setelah wanita itu melahirkan anak kandungannya. Wanita itu pun pergi dan kembali lagi dengan bayi ditangannya. Maka dia memohon dihukum. Rasulullah SAW bersabda bayi itu perlu disusui selama 2 tahun, oleh itu wanita itu pergi dan akhirnya kembali lagi selepas 2 tahun.

Kali ini, Rasulullah SAW perintahkan salah seorang sahabat supaya mengambil anak itu untuk dibela. Wanita itu pun direjam hingga darah dia terkena kpd Umar r.a, Saidina Umar r.a mencela wanita itu tetapi sabda Nabi SAW: “Awas Umar, dia dtg menerima hukum Allah dan ahli syurga” (lebih kurang macam tu lah Hadithnya).

Pengajaran: Yg direjam itu perlu bertaubat dan redha kepada hukuman itu. Kerana ia boleh melepaskan dia dari neraka yg azabnya jauh lebih pedih. Allahu ‘alam. Semoga artikel dapat memberi iktibar kepada kita semua dan jangan sekali-kali mendekati ZINA!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*