Nur Amalina Oh Nur Amalina! Antara Fakta dan Falasi

Nur Amalina Che BakriSatu ketika dulu saya pernah menulis artikel tentang “Anak Malaysia: Sukarnya Menjadi Genius” di blog ini, tetapi kali terpanggil saya untuk menulis artikel tentang seorang lagi anak Malaysia yang pernah menjadi “idola” dan selebriti pada suatu ketika sekitar tahun 2004 dahulu. Nur Amalina Che Bakri pernah menggemparkan tanahair kerana dikatakan merupakan pelajar pertama memperolehi keputusan SPM 19A1 pada tahun 2004 dan menjadi figura popular “secara segera”.

Dengan berpakaian begitu sopan dan bertudung manis, beliau akhirnya ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalani kursus A-level di UK dan seterusnya menyambung pelajarannya dalam dwi bidang iaitu Farmakologi dan Perubatan di UK.

Artikel ini bukan bertujuan untuk memburukkan lagi nama Amelina dalam situasi yang sememangnya telah diketahui umum. Namun ia sebaliknya mahu memperjelaskan situasi sebenar tentang Nur Amelina agar ianya menjadi satu pedoman dan pengajaran kepada kita sebagai seorang ibu dan bapa iaitu “Fakta dan Falasi Tentang Amelina”. Saya juga tidak ingin meletakkan sebarang gambar kontroversi Nur Amelina di blog ini, kerana ianya mungkin menambah burukkan imej beliau.

Walau pun pandangan ini lebih bersifat peribadi saya, namun saya rasa ianya mungkin merupakan pandangan majoriti masyarakat yang inginkan “kebenaran” dan bukannya sebaliknya. Mari kita sama-sama berfikir secara rasional dan logik di sebalik situasi Nur Amelina yang sedang hangat menjadi tajuk utama sekarang.

Berikut adalah rentetan senario peristiwa dan cerita tentang Nur Amalina yang sempat saya ambil daripada “pelbagai sumber” di internet.

PETIKAN AKHBAR/SUMBER INTERNET

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

FAKTA

  1. Berdasarkan sumber-sumber dan pengesahan yang diberi, Nur Amelia masih lagi meneruskan pelajarannya di UK dan kini dalam peringkat “praktikal” di hospital di sana.
  2. Oleh itu, Nur Amelina sememangnya tidak TIDAK GAGAL dari segi akademik, tidak sebagaimana yang didakwa dan diwarwarkan oleh setengah-setengah pihak.
  3. Ya, memang kebanyakan foto/fotoshot yang tersebar di internet itu adalah ASLI (bukan superimpose) dan hak PERIBADI Nur Amelina (pengakuan sendiri oleh ibu dan Nur Amelina).
  4. Nur Amelina memang seorang pelajar yang benar-benar PINTAR.
  5. Nur Amelina masih lagi seorang MELAYU ISLAM yang tahu batas dan had-had kebebasan dalam Islam (seperti yang disahkan oleh beliau sendiri)

FALASI DAN TANDATANYA

  1. Benarkah Nur Amelina tidak mengalami kejutan budaya seperti yang didakwa oleh ibunya?
  2. Benarkah ibunya yang membeli seluar yang sedemikian rupa yang begitu menjolok mata semata-mata kerana ingin berfesyen?
  3. Apakah dengan perubahan gaya dan imej keseluruhan Nur Amelina masih menggambarkan keutuhan peribadinya dan sifat idola beliau sebelum ini?
  4. Apakah pergaulan bebas yang digambarkan seperti foto Nur Amelina itu benar-benar membuat ibunya “GEMBIRA” atau menerima dengan tanggapan “OKLAH TU”?

ATAU SITUASI SEBALIKNYA

  1. Memang Nur Amelina telah pun berubah dan alami kejutan budaya, tetapi disebabkan beliau adalalah pelajar Malaysia Islam yang pernah menjadi idola setiap pelajar sebelum ini, maka sesuatu perlu dilakukan untuk menidakkannya.
  2. Perubahan imej dan gaya Nur Amelina sendiri sememangnya telah mengejutkan ibunya sendiri, namun tidak ada apa-apa yang mampu dilakukan oleh si ibu, yang hanya mampu mungkin untuk meredakan situasi kejutan.
  3. Adakah seorang ibu yang SEBENAR dengan naluri KEIBUAN yang ISLAMIK inginkan anak berfesyen dengan tidak menutup aurat dan lebih-lebih lagi dengan cara yang begitu menjolok mata. Sanggupkah seorang seorang ibu yang SEJATI dan agak berprofail membelikan anaknya sepasang seluar yang mengghairahkan? Jika hanya TIDAK BERTUDUNG DAN SOPAN, mungkin masyarakat masih lagi boleh menerimanya.

 

APA PATUT KITA BUAT SEBAGAI SEORANG ISLAM

  1. Mari kita sama-sama doakan agar Nur Amelina masih lagi mempunyai fikiran dan naluri Islam yang sejati. Jika tersilap langkah, doakan agar beliau dapat kembali ke pangkal jalan sebelum tersesat.
  2. Mari kita doakan agar keluarganya terutama ibunya dipermudahkan urusan untuk membimbing dan menasihati anaknya mencari jalan yang benar.
  3. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar atas kejadian ini agarnya ianya mampu menjadi pedoman dan panduan kepada kita sebagai ibubapa.
  4. Jangan sekali-kali kita membelakangkan agama walau di mana pun kita berada di atas muka bumi Allah ini.
  5. Setiap tindak tanduk kita di muka bumi ini harus berpijak di bumi nyata. Jangan hanya melakukan sesuatu kerana ingin melepaskan kita daripada masalah sementara yang mungkin akan kembali merumitkan keadaan sekiranya ianya dilakukan TIDAK KERANA ALLAH.
  6. Sebagai ibubapa, kita perlu perbetulkan landasan IMAN DAN TAQWA kita dan anak-anak agar ianya mampu menghalang kita melakukan sebarang perbuatan mungkar di dunia ini. Selamat menjadi ibunda & ayahanda mithali, pasti hidup kita diberkati. Ya Allah, berilah kekuatan kepada aku untuk melaksanakan tugasku sebagai ibu dan bapa sebaik mungkin.
  7. Usah kita aibkan seseorang dengan begitu mudah sekali kerana kita mungkin akan menerima kembali keaiban yang kita lakukan itu. Sebaliknya, kita harus mencari jalan bagaimana untuk memprolehi kebaikan daripada apa yang berlaku.
  8. Didikan awal ibu secara islamiklah yang mendorongnya seseorang anaknya menjadi insan baik dan soleh, bukan sahaja di mata masyarakat, bahkan yang paling utama insan soleh di sisi Allah SWT.

PS: Anda boleh mencari sendiri penjelasan Nur Amalina di Youtube atau mana-mana laman seb. Nilaikan sendiri rasional penjelasan. Terima kasih kerana membaca pandangan peribadi saya tentang kisah Nur Amalina ini.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

9 thoughts on “Nur Amalina Oh Nur Amalina! Antara Fakta dan Falasi

  • 02/02/2013 at 3:38 pm
    Permalink

    @sailormoon – Maksudnya kbnykn org dr negeri tok guru kelate, bersopan n pentingkn agama..kemana mereka pergi, mereka bgs dlm agama.. Kesilapn spt ini spttnya xberlaku pd org yg hbt mengenai agama..ia mencalarkn image org kelate yg selama ni baik dimata pnddk negeri lain..fkrkn, seorg ibu yg tahu mengenai agama blh mengajar ank bpakain seperti itu.. Seperti org kene kejutan budaya…

    Reply
  • 23/01/2013 at 7:34 pm
    Permalink

    harap dia dapat kembali yang betul

    Reply
  • 08/04/2012 at 2:34 am
    Permalink

    Apesal perlu dikaitkan antara tak pakai tudung ngan ngr kelantan pulakk??? selalu aje ade komen yg mcm gini kat mene2.. xknlh smuanya kalau yg berasal dr ngr kelantan, mst kena elok segala bagai???? org kt kelantan pun manusia biasa sama mcm manusia yg ada kt ngr2 lain jugak… yg pasti akn ada buat salah silapnya… tak kiralah dari mana dia berasal skalipun!!!!! even dari bulan skalipun kalau dh namanya manusia, tak kan ada yg sempurna bagai..hampeh tul komen!!!

    Reply
  • 05/03/2012 at 9:58 pm
    Permalink

    Kat mana2 pun kita duduk kena cari sahabat yang beriman agar dapat mengingatkan kita. kalau takdak ALQuran ialah sebaik2 teman.

    Reply
  • 15/02/2012 at 5:21 pm
    Permalink

    bab peluk dengan Mat Salleh tu pun kira takpe.. sebab mak dia kenal? ish ish

    Reply
    • 17/02/2012 at 3:12 am
      Permalink

      Nauzubillahu min zalik. Doakanalh untuk kebaikannya. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat.

      Reply
  • 09/02/2012 at 3:57 pm
    Permalink

    salam, saya harap dia akan bertudung spt gadis2 Islam yg lain. InsyaAllah.

    Reply
  • 09/02/2012 at 12:52 am
    Permalink

    Lagu ni ko ore Kelate? Mok dio pun sama. Asal dari kelate tapi tudung tak pakai. Wat malu ore Kelate jahh.. Namo jah dari negeri Tok Guru tapi tudng takdok atah paloo..Gapo dio lagu tu…

    Reply
  • 07/02/2012 at 10:24 pm
    Permalink

    bg aku, sbg islam, jagalah adab2 tu…dah Allah bg cerdik n pintar tu, hargailah dgn jaga hak2Nya spt tutup aurat dll…br jd insan bersyukur…bersyukur ni bnyak caranya, salah satu nya ikut apa yg Allah suka…bukan manusia suka atau ikut suka hati sendiri lol

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*