10 Cara Mudah Mengira Dalam Matematik
Dalam kaedah matematik, sebenarnya ada pelbagai cara mudah untuk mengira hasil darab sesuatu nombor. Kaedah mungkin bertambah kompleks sekiranya nombor yang anda gunakan itu semakin kompleks. Namun untuk mengira hasil darab dalam matematik seharian, ada 10 cara mudah yang boleh kita gunakan tanpa memerlukan kalkulator. Berikut adalah 10 kaedah tersebut:
1. Darab Sifir 11
Kita semua tahu trik ketika mendarabkan nombor dengan 10 – hanya tambah 0 pada belakang hasil nombor tersebut, tetapi adakah anda tahu ada trik yang mudah untuk mendarabkan dua nombor dengan 11? Ini dia:
Ambilkan nombor yang hendak didarabkan dengan 11, bayangkan ada satu ruang antara dua digit nombor berkenaan.(dalam contoh ini kita akan menggunakan nombor 52:
5 2x 11=?
Bayangkan nombor 52 sebagai 5_2
Sekarang tambah dua nombor bersama-sama dan tempatkan mereka di tengah-tengah:
5_ (5 +2) _2 = 5_7_2 = 572
Sekelip mata anda mempunyai jawabannya: 572.
Jika nombor di tengah menjadi 2 digit angka apabila dicampurkan, hanya memasukkan nombor kedua dan tambahkan 1 untuk yang pertama:
Contoh: 99 x 11=?
9_ (9 +9) _9 = 9_18_9
(9 +1) _8_9
10_8_9 = 1089
Cara ini memberi jawaban yang betul setiap masa.
2. Darab persegi cepat
Jika anda perlu persegi 2 digit berakhir dalam 5, anda boleh melakukannya dengan sangat mudah dengan trik ini. Sentiasa tambahkan digit pertama dengan 1, dan kemudian darabkan dengan 2. Akhir sekali letakkan saja 25 dibelakang nombor pertama tadi. Itu sahaja!
Contoh: (25 x 25)
Fikirkan ianya nombor 25 =
(2 +1) x 2) & 25
(3 x 2)_25 = 625
3. Sifir darab 5
Kebanyakan orang menghafal sifir 5 dengan jadual yang sangat mudah, tapi sekiranya angka yang hendak didarabkan dengan 5 semakin kompleks dan bertambah besar, bagaimana cara hendak mengiranya? Trik ini sebenarnya amat mudah untuk dihafal.
Caranya ialah dengan mengambil nombor berkenaan, kemudian dibahagi dengan 2. Jika nombor asal tu no genap (hasil bahagi tanpa baki), tambah saja 0 di belakang hasil tersebut. Jika nombor asal tu nombor ganjil, abaikan bakinya dan tambah 5 pada akhir.
Contoh 1:
Nombor genap 2682
2682 x 5 = ?
(2682 / 2) & tambah 0
2682 / 2 = 1341 (2682 no genap, jadi tambah 0 di belakang)
= 13410
Contoh 2:
Nombor ganjil 5887
5887 x 5=?
5887/2 = 2943 baki 1 (nombor 5887 adalah no ganjil, tentu hasil bahagi ada baki, terus tambahkan 5 di belakang)
= 29435
4. Sifir darab 9
Sifir darab 9 boleh digunakan dengan menggunakan 10 jari anda jika nombor yang hendak didarab itu adalah 10 ke bawah. Anda hanya perlu letakkan ke sepuluh jari anda secara berhadapan dengan mata anda. Jatuhkan jari mengikut nombor apa yang digunakan untuk mendarab dengan 9. Hasilnya ialah, jumlah jari di kiri akan mewakili digit puluh dan jumlah jari di kanan mewakili digit sa. Contohnya 3 x 9 – hanya jatuhkan jari ke-3 dari kiri meninggalkan 2 jari di sebelah kiri (drp jari yang dijatuhkan tadi) dan 7 jari sebelah kanan. Hasilnya ialah 27.
5. Sifir darab 4
Ini adalah trik yang sangat sederhana yang mungkin tampak jelas bagi beberapa orang, tetapi kepada orang lain itu tidak. Caranya adalah dengan hanya darabkan dengan dua, kemudian hasilnya darabkan dengan dua sekali lagi:
58 x 4 = (58 x 2) + (58 x 2) = (116) + (116) = 232
6. Cara Mengira Peratus
Bagaimana mengira kadar 15% drp RM25, di sini adalah cara mudah untuk melakukannya. Gunakan perkadaran 10% (membahagi jumlah dengan 10) – Bagi kadar 5%, gunakan kadar (10%/)
Oleh itu 15% of RM25 = (10% daripada 25) + ((10% daripada 25) / 2)
RM2.50 + RM1.25 = RM3.75
7. Sifir darab yang kompleks
Jika anda mendarab sesuatu nombor yang besar tetapi salah satu nombor tersebut adalah nombor genap, adalah lebih mudah jika anda bahagikan nombor genap tersebut secara berperingkat, dan darab nombor yang satu lagi mengikut faktor yang sama dengan nombor anda bahagi tadi. Contohnya:
32 x 125, adalah sama dengan:
16 x 250 adalah sama dengan:
8 x 500 adalah sama dengan:
4 x 1000 = 4000
8. Membahagi dengan 5
Membagi sejumlah besar oleh lima ini sebenarnya sangat sederhana. Yang anda lakukan adalah kalikan dengan 2 dan memindahkan titik perpuluhan:
Contoh 1: 195/5
Langkah 1: 195 x 2 = 390
Langkah 2: Pindahkan perpuluhan: 39.0 atau hanya 39
Contoh 2: 2978/5
Langkah 1: 2978 x 2 = 5956
Langkah 2: 595.6 (pindahkan perpuluhan)
9. Hasil tolak 1000
Untuk mengurangkan hasil tolak sesuatu nombor daripada 1000, anda boleh menggunakan peraturan asas ini: tolakkan semua angka digit tersebut daripada 9 kecuali nombor terakhir di mana anda tolaknya daripada 10:
Contoh: 1000-648
(nombor yang nak ditolak = 648, di mana no akhir ialah 8)
Jadi 1000
-648
Langkah 1: tolakkan 6 daripada 9 = 3
Langkah 2: tolakkan 4 daripada 9 = 5
Langkah 3: tolakkan 8 daripada 10 = 2
Jawapan: 352
10. Pelbagai Aturan Darab (Cara Mudah)
Sifir darab 5:
Darabkan dengan 10 terlebih dulu, kemudian bahagikan hasilnya dgn 2.
Sifir darab 6:
Darabkan dengan 3 dulu, kemudian darabkan hasilnya dengan 2.
Sifir darab 9:
Darabkan dengan 10 dulu, kemudian hasilnya tolak nombor asal.
Sifir darab 12:
Darabkan dengan 10 dulu, kemudian tambah dua kali jumlah no asalnya.
Sifir Darab lain-lain:
Darab dengan 98:
Kalikan dengan 100 dan kurangkan dua kali jumlah asalnya.
Darab dengan 99:
Kalikan dengan 100 dan kurangkan jumlah nombor asal.
Filed Under: Petua/Tips



















5X11 =572? erm…jgn main copy paste ja. sangat2 tidak betoi…
Terima kasih Amir kerana membetulkan saya. Sepatutnya tu 52×11 dan bukannya 5×11. Maaf Amir, artikel ni bukan saya copy paste, malah saya yang olahkan sendiri. Mungkin tertinggal satu no masa menaip. Harap maklum.
ilmu yang bagus. tq tokjogho atas perkongsian. boleh ajar anak2 ilmu matematik ni. lagi cepat diorang boleh mengira dan jawab soalan exam nanti. berguna juga untuk orang dewasa macam saya.
boleh tak awak buat soalan darjah 5?
Assalamualaikom w.b.r
berbanyak-banyak terima kasih atas semua artikel. saya doakan semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhirat sebagaimana anda telah memudahkan kami semua.Saya kongsi kebanyakkan artikel ini dengan pelajar saya.
TK
cara iti sangat mudah tarime kasih.
wow..best2.. itu kalau yg 2angka didarabkan dgn 11.. kalau melibatkan 3angka… ada jugak cara yang mudah… contoh
427 x 11 = ?
cuba tekan kalkulator tu..sama x?
4__(4+2=6)(2+7=9)__7 = ?
letakkan nilai yg ditambahkan td di tengah2…
jwpnnya 4697…
banyak lg trik math yg menarik!
bley buat kn solan darjah 5 & 6
NO 6 x pHm lah,,,bleh tunjuk step by step?
Cara no 6 tu sebenarnya nak senangkan cara nak cari kadar pd 5%. Kalau nak kira pd 5% rasanya agak susah ckit tapi kalau 5% tu kita jadikan 10% BAHAGI 2 atau 10%/2, jadi ia nampak mudah ckit. Contoh – cari nilai 35% drp 120? So jwpannya:
35% = 30% + 5% . Jd ianya = (30% x 120) + (10% x 120)/2
= 36 + 12/2 = 42 atau pun
= 3(10% x 120) + (10% x 120)/2
= 3(12) + 12/2
= 36 + 6 = 42
mt very beast i love mt
well done! very helpful..tqvm!!!
saya hendak belajar matematik tahun 4 macam darab,tambah,tolak,pecahan setara dan macam-macam lagi tapi mesti tahun 4 punya.saya hendak menjadi pandai macam orang lain juga. bye.
saya suka matematik tetapi saya hendak belajar bersunguh-sungguh macam orang lain biar cepat pandai lagi bagus nanti dapatlah tabe ataupun ipad bye.
fuh..memang mudah!
gggoooddd……..boleh lah
not bed…try the best
hari ni periksa harap harap x gagal lah
saya ada 3 orang bahagi satu kek. A Mendapat 4/10, B mendapat 3/10, C mendapat 3/10. tetapi C 3/10 tidak mahu, dia nak bahagi kepada A dan B, jadi apakah jawapan ?
Salam admin!
Saya nak tambah sifir 9:
Nombor 2-digit juga boleh guna jari jika darab dgn 9 dgn syarat digit di rumah puluh mesti lebih kecil dr digit di rumah sa…saya x dpt demo di sini…tapi saya gerentii mmg boleh
Darab dgn 99…..999…..9999…..etc.
Kita boleh kira dgn cepat(creative) no2 seperti di atas dlm pendaraban dgn syarat daraban mesti sama bilangan digit apa2 nombor, contoh: 34×99 atau 451×999 dan seterusnya.kita boleh dpt jawapan dgn pantas, how?
Cth 1: 34 × 99
Langkah 1: 34-1=33
Langkah 2: 99-33=66
Jadi, 34 × 99= 3366.
Cth 2: 451 × 999
Langkah 1: 451-1= 450
Langkah 2 : 999 – 450 = 549
Jadi, 451 × 999 = 450549
Cuba anda kira ini 9999 x 7609 guna kaedah di atas, semak jawspan guna kalkulator
Tahniah admin….info yg baik utk pelajar juga guru! Saya nak tambah sikit ttg sifir 9. Sebenarnya bukan saja nombor satu digit yng boleh guna jari…tapi nombor 2-digit juga boleh dgn syarat digit pada rumah puluh mestilah lebih kecil drpd digit rumah sa. Saya tidak dapat demo di sini…tapi saya gerenti mmg boleh! Contoh 27 x 9….(lebih baik sediakan gelang getah) dari kanan kiri, IKAT 2 JARI DGN GELANG GETAH, SETERUSNYA TURUNGKAN JARI YG KE-7(PADA TANGAN KANAN), MAKA KITA AKAN DAPAT JAWAPAN:243……..SLMT MENCUBA!
Salam cikgu,
Cikgu boleh hantarkan artikel menarik ini kepada saya utk dimuatkan dalam blog ini. emelkan artikel cikgu kepada saya di tokjogho {at} ymail.com – gantikan {at} dgn @. Masukkan sekali kredit utk cikgu seperti alamat blog cikgu dsb. InsyaAllah perkongsian sebegini mampu memanfaatkan ramai lagi pengunjung. terima kasih!