Tips dan Cara Menghilangkan Bau Ketuhar Mikro

bersihkan microwaveKetuhar Gelombang Mikro (Microwave) merupakan peralatan dapur semakin popular dan di gunakan di kebanyakan rumah-rumah sekarang. Bahkan ada di kalangan suri rumah yang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa menggunakannya. Kadang-kadang, meskipun berhati-hati menggunakan ketuhar ini, sering juga berlaku tumpahan kuah dalamnya, atau pun adakalanya makanan tersembur dan memenuhi bahagian atas, sisi dan bawah ketuhar tersebut. Ada sesetengah makanan yang dimasukkan ke dalam ketuhar itu bukan saja berantakan (messy) malah ada yang berbau seperti ikan dsb. Sudah tentu ianya meninggalkan kesan bau yang tidak enak pada ketuhar tersebut. Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk membersihkan dan menghilangkan bau yang tidak enak di dalam ketuhar.

Apa yang perlu anda sediakan:

* Lemon/Limau Nipis
* Baking soda
* Cuka
* Tisu
* Kain Pembersih

Langkah 1

Slice a lemon and add 2 to 3 slices to a bowl of water. Hiriskan sebiji lemon kepada beberapa hirisan dan tambah 2-3 hirisan tersebut  ke dalam semangkuk air. Masukkan mangukuk tadi ke dalam ketuhar mikro dan panaskan selama 30 minit. Lapkan ketuhar dengan tuala kertas atau kain dan anda akan memperolehi bau yang menyenangkan. Anda juga boleh menggunakan 1 cawan air dan 1/3 cawan jus lemon. Jika anda tidak mempunyai lemon, anda boleh menggunakan limau nipis.

Langkah 2

Masukkan 1 cawan air dan suku cawan cuka ke dalam se buah mangkuk. Letakkan ke dalam ketuhar mikro selama 3 hingga 5 minit pada tahap high (tinggi). Anda inginkan air tersebut mendidih, jadi jika ada panggangkan ayam, ia akan melembutkannya. Untuk bau yang benar-benar degil, tambahkan air limau nipis ke dalam air tadi.

Langkah 3

Guna baking soda. Baking soda is great to put in the freezer and refrigerator to collect odors. Baking soda yang berguna jika dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk menyerap bau dan pada masa yang sama ianya menyahkan bau tersebut. Oleh itu baking soda boleh juga digunakan untuk menyahkan bau daripada ketuhar mikro. Anda hanya perlu tambahkan 2 atau 3 sudu kecil baking soda kedalam satu cawan air dan masukkan ke dalam ketuhar mikro. Panaskan pada tahap high selama 3-5 minit. Jika masih ada juga bau yang degil, gunakan air suam untuk membuat paste dengan mencampurkannya dengan baking soda. Gunakan paste tersebut dengan menyapu dinding bahagian sisi, atas dan bawah ketuhar tadi.Kemudian lap dan bersihkan dengan sehelai kain yang bersih.

Langkah 4

Untuk menghasilkan bau yang enak, cuba gunakan ekstrak vanila. Tambahkan beberapa titik ekstrak vanila dalam se buah mangkuk dengan secawan air dan panaskan selama 1 minit di dalam ketuhar mikro. Anda pasti akan memperolehi aroma yang menyenangkan.

Tips dan Amaran

* Jika anda tidak mempunyai lemon, anda boleh mencuba buah oren dan limau nipis.

* Jangan gunakan cawan atau mangkuk kaca kerana ia mungkin akan menjadi terlalu panas untuk disentuh. Gunakan mangkuk pelastik yang boleh digunakan dalam ketuhar mikro.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*