Tips Membeli Kamera Digital

digital camera
kamera digital 150x150 Tips Membeli Kamera Digital
kamera digital

Penggunaan kamera digital kini semakin meluas. Malah ianya boleh dikatakan telah mengambil alih penggunaan kamera berorientasikan filem. Dengan penurunan harga kamera yang mendadak di pasaran sekarang, kita seolah-olah telah dilanda tsunami pengimejan digital dan disebabkan penggunaan filem yang semakin mengecil dan mahal, kita tidak dapat tidak, perlu membeli kamera digital sebagai satu keperluan dan bukannya alternatif lagi.

Sebelum anda menerjah ke kedai kamera dan membeli sebuah kamera digital, berikut adalah beberapa tips dan info yang perlu anda tahu tentang kamera digital. Dengan pemahaman tentang beberapa aspek penting kamera digital ini, ianya dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam membeli kamera digital pertama anda.

 

Sesuaikan keperluan megapiksel

Banyak iklan kamera yang mempamerkan megapiksel, namun ramai di antara kita tidak memahami apa itu megapiksel. Kita sering didedahkan istilah megapiksel ini dalam banyak aspek komputer grafiks. Apakah yang anda fahami tentang megapiksel ini?

Secara teorinya, semakin besar megapiksel ini, semakin baik kualiti imej yang diambil, semakin mahal harga sesebuah kamera. Pada masa yang sama ianya memakan storan yang lebih besar untuk menyimpan imej yang diambil.

Namun, hakikatnya besarnya megapiksel sesebuah kamera digital bukannya penentu kualiti imej atau gambar yang kita ambil. Kamera dengan 2 Megapiksel sebenarnya sudah memadai untuk mengambil foto sehari-hari dan cukup juga untuk dilihat diskrin komputer mahu pun untuk dicetak dengan saiz 6R. Kalau dulu pun, kita hanya mendapat foto daripada kedai gambar dengan saiz 4R sahaja. jika anda inginkan hasil cetakan foto dengan saiz yang lebih besar, mungkin anda hanya perlu membeli kamera dengan 3 Megapiksel sahaja. Namun sekarang, kamera digital dengan 3 megapiksel boleh dikatakan telah pupus daripada pasaran di Malaysia (kecuali terdapat telefon bimbit berkamera). Sebaik-baiknya dapatkan kamera dengan 5 Megapiksel ke atas. Ianya boleh dikatakan amat murah di pasaran ketika ini.

 

Perhatikan bateri dan pengecajnya

Jika kamera anda menggunakan bateri lithium, pemakaiannya tidak terlalu memerlukan banyak perhatian, cukup dicaj dan pakai, kalau selesai dipakai, silakan di caj lagi. Ada juga kamera yang menggunakan bateri jenis AA. Untuk jenis ini, kita boleh memilik menggunakan bateri Alkaline (untuk ketahanan – berupaya mengambil gambar dengan lebih banyak), atau bateri yang boleh dicaj semula (NiMH- Nickel Metal Hydride).

Jika anda membeli kamera yang menggunakan bateri jenis AA, anda disarankan menggunakan bateri yang boleh dicaj semula berbanding dengan jenis alkaline. Ini kerana biasanya ianya boleh dicaj semula buat beberapa kali dan ini akan menjimatkan anda daripada membeli bateri setiap kali anda kehabisannya.

Walaupun pada awalnya, ianya agak mahal sedikit berbanding bateri alkaline, namun ianya akan menjadi jauh lebih murah setelah anda mengulang cajnya. Sebaiknya, apabila membeli bateri caj semula ini, pastikan anda mencari bateri yang berkapasiti yang lebih tinggi daya tahannya – contohnya: 2100mah-2900mah, Bateri alkaline biasanya mempunyai kapasiti 2500 mah ke atas, tetapi bateri NiMH jauh lebih tahan berbanding alkaline. Anda juga perlu berhati-hati apabila membeli bateri AA di pasaran sekarang kerana terdapat banyak jenis bateri palsu samada menggunakan jenama yang tersohor atau pun yang tersendiri. Dapatkan bateri NiMH yang asli di kedai-kedai terpilih yang boleh dipercayai – atau pastikan bateri yang anda beli itu mempunyai tanda hologram atau biasanya ianya diletakkan ditempat-tempat yang terkawal (ada kalanya diikat dengan tali/dawai agar tidak mudah diambil oleh pembeli), Antara jenama-jenama bateri caj semula yang tersohor adalah Uniross Hybrio, Sanyo Eneloop, Panasonic Oxyride, Duracell, Energizer, Eveready) Jika anda memilih untuk menggunakan alkaline bateri, anda disarankan menggunakan jenama Energizer e2 Lithium dan Duracell Coppertop alkaline. (Jenama yang digelapkan di atas adalah jenama yang terbukti kualiti setelah diuji oleh beberapa laman web yang telah melakukan ujian perbandingan)

 

 

Optikal Zoom (dan Digital Zoom)

Perbesaran gambar secara optikal (ini berbeza dengan digital zoom). Usahakan kita mendapatkan kamera dengan minimal 3x optikal zoom. Jika anda mempunyai peruntukan ayng lebih, dapatkan zomm optikal yang lebih tinggi seperti 5x, 6x sehingga 12x. Sebahagian besar kamera digital mempunyai fasiliti optikal zoom, dan ini sangat berguna buat kepentingan kita mengambil gambar untuk jarak yang agak jauh dari tempat kita. Usah fikirkan fasal digital zoom, rata-rata kamera digital semuanya mempunyai fasiliti digital zoom, namun hasil perbesaran dengan digital zoom akan mengakibatkan hasil foto kita jadi pecah dan tidak jelas. Sebaiknya apabila tidak terpaksa, usahakan untuk selalu menghindari pemakaian digital zoom. Digital zoom dapat juga dilakukan dengan software di PC.

 

Fasiliti Bantuan untuk low-light

Pada keadaan cahaya yang tidak terang, biasanya kamera akan kesulitan mendapatkan fokus yang sempurna sebelum kita shoot object tersebut. Oleh kerana itu, beberapa kamera digital dilengkapi dengan lampu bantuan (bentuknya bermacam-macam) yang berfungsi untuk membantu pengambilan foto pada tempat yang kurang cahaya. Ini sangat penting terutama pada pengambilan foto di dalam rumah atau bangunan.

 

Perhatikan memori storannya

Beberapa kamera mempunyai memori bina dalam sebagai storan, tetapi biasanya kapasitinya tidak terlalu besar. Oleh sebab itu, kita harus memastikan bahawa kamera digital kita dilengkapi dengan port untuk memori eksternal atau kad memori, sehingga kita dapat memberikan tambahan memori sesuai dengan keperluan kita. Ada berbagai macam jenis kad memori yang disediakan untuk kamera digital seperti SD, Mini SD, MicroSD, Memori Stick, Memory Stick Duo./Pro, Compact Flash dan kad XD, jenis dan bentuknya biasanya disesuaikan dengan jenis kamera digital tersebut. Namun kebanyakan kamera digital sekarang menyokong kad SD sebagai standard kecuali jenama Sony yang masih menggunakan format Memori Stick.

Harga setiap kad berbeza mengikut kapasitinya, semakin besar kapasitinya, maka harganya akan semakin mahal juga. Mengikut pasaran sekarang, kad memori jenis SD adalah yang termurah di pasaran berbanding dengan Memory Stick mahupun Compact Flash. Format Compact Flash merupakan format kad memori yang terawal (hujung tahun 90an hingga akhir tahun 2005) dan kebanyakan kamera digital masa kini tidak menggunakannya lagi. Format XD pula hanya digunakan oleh kamera berjenama Olympus dan Fuji. Walaupun saiznya amat kecil, namun ia tidak sepopular kad SD. Kad XD juga hampir tidak digunakan lansung oleh jenama kamera membuatkan ianya berharga agak mahal dan mungkin akan pupus sedikit masa lagi. Anda disarankan membeli kad memori berkapasiti sekurang-kurangnya 4GB ( kalau kad SD HC – harga sekarang dalam RM45 sahaja) kerana ianya membolehkan mengambil gambar pada kuantiti yang banyak.

Cubalah kamera tersebut sebelum membeli

Kamera digital hampir sama dengan digital media lainnya, biasanya dilengkapi dengan menu dan butang-butang pengontrol untuk disesuaikan dengan keperluan kita. Beberapa kamera memiliki menu dan arahan yang mudah dimengerti berbanding jenis lainnya. Perbandingan mudah atau susah dapat anda simpulkan jika anda sudah mencubanya.

Anda juga disarankan perhatikan time delay dari mulai kita tekan butang shoot sampai gambar selesai diambil (shutter lag), kamera tertentu ada kala yang masa untuk mengambil sesuatu gambar itu agak lama, ini juga disebabkan oleh keadaan ruang dan pencahayaan tempat kita mencuba kamera tersebut. Kecepatan sesuatu kamera mengambil menghasilkan gambar pada skrin setelah diambil (shoot) merupakan faktor yang perlu diambil kira apabila memilih sesuatu kamera digital. Cuba juga lensa zoomnya (optikal zoom), apakah dapat digunakan dengan mudah dan cepat. Ketahuilah juga berapa lama waktu yang harus ditunggu dari mulai menghidupkan kamera sampai kamera siap untuk digunakan. Jangan lupa mencuba LCD dan viewfindernya.

 

Cari informasi sebanyak mungkin

Ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu kemampuan, spesifikasi, dan kekurangan dari kamera yang anda cadang untuk membeli. Bertanya kepada pakar, atau orang yang sudah pernah menggunakan akan sangat membantu kita untuk menentukan apakah kamera tersebut layak untuk dibeli. Beberapa laman web di internet banyak memberikan reviu dan pandangan tentang kamera digital, mulai dari yang mengulas secara global sampai direviu terperinci. Tempat diskusi di Internet juga sangat dianjurkan untuk dijadikan rujukan sebelum membeli kamera digital.

 

Ciri tambahan

Banyak kamera digital yang dilengkapi dengan ciri tambahan, salah satunya yang selalu ada adalah kemampuan untuk merakam gambar bergerak (video). Pada kamera digital, ciri ini hanyalah sebagai tambahan saja dan kemampuannya sangat terbatas. Harap anda tidak menentukan keputusan membeli kamera digital dari kemampuan kamera tersebut untuk merakam video. Hasil rakaman video dari kamera digital tidak akan boleh maksimal, kamera digital didesign untuk menghasilkan foto diam secara maksimum. Jika anda lebih berniat merakam video, sebaiknya dipertimbangkan untuk membeli handycam atau alat sejenis yang memang dibuat untuk merakam video. Namun, disebabkan keperluan merakam video daripada kamera digital menyebabkan banyak kamera digital sekarang dilengkapi dengan kebolehan merakam video. Ada di antara kamera tersebut menghasilkan video yang begitu baik sehingga agak setanding dengan camcorder digital.

 

Pertimbangkan membeli card reader

Card reader adalah alat tambahan yang digunakan untuk membaca kad memori pada kameraa digital. Pada saat anda membeli kamera digital, pastikan ianya

 Tips Membeli Kamera Digital
card reader
disertakan kabel dan driver untuk mentransfer/memindahkan foto dari kamera ke komputer. Namun jika anda menggunakan alat yang disebut card reader, maka anda akan menjimat masa untuk mentransfer dari kamera ke komputer dan dilakukan dengan cara yang sangat mudah, selain itu jika kita menggunakan card reader, maka kamera kita tidak perlu dihidupkan (on) dan akhirnya kita juga boleh memanjangkan jangka hayat bateri kamera anda.

Semoga tips dan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda yang ingin membeli kamera digital buat pertama kali. Anda juga sentiasa disaran membaca artikel-artikel berkaitan dengan kamera digital jika anda merupakan se orang enthusiast tentang kamera. Laman-laman web seperti dpreview.com, Steve Digicam, DCResource.com, Imaging Resources dan Digital Camera Review dapat membantu anda memilih kamera yang terbaik bersesuaian dengan skop dan keperluan anda

*

*


four × 9 =

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro