15 Petua Di Dapur Untuk Diamalkan – BHG 2

Kali ini Nenda nak memberi 15 lagi petua untuk suri rumah di dapur sebagai sambungan entri terdahulu. Diharap ianya amat berguna untuk para suri rumah semua. Selamat mencuba…

1. MASAALAH NASI MENTAH

Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

2. CARA HILANGKAN GRIS

Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

3. LAUK TERLEBIH MASIN

Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.

4. HILANGKAN LEMAK AYAM

Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya…

5. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

6. MEMBERSIHKAN SIPU SEDUT

Jika anda menghadapi masaalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasa

7. MEMBERSIHKAN MINYAK GORENGAN

Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

8. MENGHILANGKAN GATAL SAYUR KELADI
– Untuk menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi,
masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang satu inci
ke dalam masakan keladi. InsyaAllah, ia tidak akan gatal
malah lebih sedap.

9. PANAS TERKENA CILI

Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.

10. BAGAIMANA MENGHARUMKAN DAPUR

Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

11. MUDAH MENGUPAS KENTANG

Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

12. ELAKKAN TAUHU MELEKAT DI KUALI

Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

13. UDANG TAHAN LEBIH LAMA

Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepala dan kulitnya. Untuk menjadikan udang tahan lebih lama, campurkan udang tersebut dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam
peti sejuk untuk beberapa hari.

14. MENGHILANGKAN BAU IKAN AIR TAWAR

Bersihkan ikan dengan air asam jawa. Kemudian ratakan
cuka pada ikan. Bilas dengan air bersih. Bolehlah dimasak
mengikut cara anda.

15. BUBUR KACANG LEBIH ENAK

Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak
terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi.
Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang 2 jam
supaya kacang cepat kembang dna lebih cepat dimasak.
Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji
sagu, pasti bubur kacang akan lebih enak.

Lain2 Artikel Menarik:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*